this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Sunday, February 20, 2005

Misteri Kecantikan

Got this article from my e-mail. Points to ponder my friends....


Misteri Kecantikan

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca.

Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

P/S: Aku rasa point article ni senang je. Jangan menilai diri sendiri berdasarkan standard orang lain. Hargailah dan bersyukurlah atas kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri sendiri. Dan bagi akulah kan, perenggan yang 2nd last tu, kalau aku tak payah sepuluh juta, ade sorang pun cukup. Takpun empat... Hehehehe...Adios...

Friday, February 18, 2005

My Update

"Usah ditangisi orang yang tidak akan menangis keranamu..."

     Aku kembali lagi. Dengan skins yang baru. Dah belajar sikit sebanyak insert itu dan ini. Oklah aku rasa knowledge aku so far. Aku tengok pun rasa best sket berbanding masa aku mula-mula start dulu. Memang seronok rasanya bila ko dapat belajar sendiri sesuatu yang baru. Antara benda yang aku dah update seperti yang dapat dilihat disebelah kiri page ini, ye tuan-tuan dan puan-puan; seperti jam, info solat, kalendar penukaran tarikh Hijrah - Masehi or vice versa dan kuiz personaliti yang aku jumpa kat mukmin.info dan blogthings.com.

     Antara komen yang aku dah terima ialah soalan seperti "Alamak Kiyai, ko ni mat bunga ke? Jiwangnyeee..." Ok, biarlah saya beri penjelasan ye tuan-tuan dan puan-puan. Aku pakai skins ni sebab background dan layout dia sesuai dengan taste aku. Ruang untuk menconteng lebih besar, kaler background dia cantik. Cuma gambo bunga tu je ya aku ade tak berkenan sket. Tapi ok aper. Aku ingat nak tukar gambo bunga tu dengan satu gambo pemandangan di tepi tasik yang memang cantik giler!! Tapi belum reti lagi. So, wait aaaa. Lagi ada member aku komen yang tulisan untuk blog aku ni nampak cam pudar dan tak menarik. So, aku try la pakai kaler ni. What do you guys think? Sebarang komen atau kritikan membina adalah dialu-alukan. Sebarang kutukan menghina sila simpan dalam hati ye.

     Minggu ni idup kurang tekanan sket. Project progress report aku dah hantar dan ada beberapa pembetulan kecil aku kena buat. Esok kena anta balik. Insya-Allah settle yang tu. Yang lain tu takde apa-apa sangat kot. Lagi, kalau takde apa-apa aral, lepas final nanti aku, Nik dan DinSabah akan berlepas ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mendalami ilmu-ilmu programming dengan seorang tok guru IT yang bermastautin di sana (untuk PSM kitorang). Programming yang bukan sebarang programming sebab software yang kitorang pakai ni tak digunakan secara meluas. Kitorang akan ade kat sana lebih kurang sebulan untuk mengumpul seberapa banyak ilmu yang mungkin. Di samping itu, di masa lapang kami juga akan berusaha mencari prospek gadis-gadis cun yang berpotensi mengisi kekosongan kami. Heheheh...(Sila gelak dengan nada jahat ye!). Dengar cite awek Pasir Putih ramai lawa-lawa, nanti aku gi check.

     Oklah, cukup aku merapu setakat ini dulu. Till next time.
Thursday, February 10, 2005

Jam At Linggi


Jam At Linggi

Time always passes us by, it's the memory that stays forever.....


Haa..nak cte sket psl gambo ni. Diambil sewaktu English Camp masa tahun 1 kt K.U. ni (klau tak silap Ogos 2002).Macam-macam lah aktiviti yg kne ktorg buat, sumenye dlm B.I. Berlakon drama, nyanyi lagu grup dan solo, nyanyi lagu alihbahasa P. Ramlee.... Ni masa aku, Yop n Cheedah memaksarelakan diri untuk persembahan grup. Menggigil aku, dahlah suara tak sedap. Nak buat caner, budak lain dlm grup aku sume tak nak. Abis aku belasah jelah. Patutnye Yop yg nyanyi, suara dia sedap. Tapi dia malu-malu pulak. Siyot!! Nasib baik Cheedah sporting. Cayalah Cheedah!!! Anyway, ktorang sampaikan lagu Big Me yg dinyanyikan oleh Foo Fighters. Masa memula nyanyi tu malu abad!! Tapi sekarang dah jadi kenangan manis pulak. Tu blum kira time berlakon Cinderdollah lagi, persembahan drama kumpulan aku. Nanti balik rumah aku cari balik gambo2 tu dan berkongsi rahsia di sebalik tabir pembikinan hikayat dongeng paling mengarut di Tanah Melayu ni.
Wednesday, February 09, 2005

My Third Entry

Alhamdulillah, dah masuk 3rd entry dah. Dah belajar pasal skins utk blog, dh blaja camne nk masukkan gambo, dh blajo caner nak insert music....We'll see how this all turns out in the end. My thanks to Hana and Cieqah for their assistance in helping me understand blog better.

Cuti Tahun Baru Cina dh start. Kengkawan aku pun ramai dah balik. Aku wat keputusan tak nak balik, sebab nk concentrate report psm, konon2nyelah. Tapi dah sunyi cam gini, rasa nak balik lah pulak!!! Takpe, rumah dekat...takde masalah pun kalau aku berubah pendirian. He..he..

Aku tak tau la apasal...sem ni aku maaaalassss sangatzzz. Rasa macam semangat membara aku selama 6 sem sebelum ni bersembunyi entah di mana. Result pun ada drop skit, walaupun takdelah menjunam terjun tiruk. Caner ekk? Mungkin banyak sangat pikir pasal masalah orang...kawan aku kata. Ye ke? Maybe kot...Apapun, semoga Allah kurniakan aku kekuatan untuk abiskan baki sem ni dgn cemerlang. Aminn...

That's all for now. Nanti aku add in lagi apa yang sesuai bila sesuai. Any comments guys? You're welcomed to do so.

Tuesday, February 08, 2005
aku n khairul abidin masa kaks kt ledang
Friday, February 04, 2005

My Second Entry

Quote of The Day: "I've learned that there are people who loves me dearly, but just don't know how to show it."

Dah seminggu aku menyepikan diri dari blog ni. Mungkin ok kot, kalau buat blog camni, seminggu sekali. Still haven't changed my template, nantilah tanya kawan aku caner nak buat. Rabun IT la katakan, nak blaja HTML programming sendiri belum pandai lagi. Sibuk tu takdelah sibuk sangat. Minggu lepas je yang huru-hara sket, dgn final year project presentationnye, test project managementnye, but all in all, despite a few glitches, everything went well for me.

Semalam buat kali pertamanya dalam sem ni, aku ponteng kelas. Dah jadi tabiat setiap sem I guess, mempergunakan 'cuti' yang diperuntukkan oleh kolej. Kelas pagi tu memang aku ponteng bodoh le, tapi petang tu sebab aku ada hal yang perlu dibereskan. So, takpelah. Sekali-sekala, bukannya selalu.