this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, February 18, 2005

My Update

"Usah ditangisi orang yang tidak akan menangis keranamu..."

     Aku kembali lagi. Dengan skins yang baru. Dah belajar sikit sebanyak insert itu dan ini. Oklah aku rasa knowledge aku so far. Aku tengok pun rasa best sket berbanding masa aku mula-mula start dulu. Memang seronok rasanya bila ko dapat belajar sendiri sesuatu yang baru. Antara benda yang aku dah update seperti yang dapat dilihat disebelah kiri page ini, ye tuan-tuan dan puan-puan; seperti jam, info solat, kalendar penukaran tarikh Hijrah - Masehi or vice versa dan kuiz personaliti yang aku jumpa kat mukmin.info dan blogthings.com.

     Antara komen yang aku dah terima ialah soalan seperti "Alamak Kiyai, ko ni mat bunga ke? Jiwangnyeee..." Ok, biarlah saya beri penjelasan ye tuan-tuan dan puan-puan. Aku pakai skins ni sebab background dan layout dia sesuai dengan taste aku. Ruang untuk menconteng lebih besar, kaler background dia cantik. Cuma gambo bunga tu je ya aku ade tak berkenan sket. Tapi ok aper. Aku ingat nak tukar gambo bunga tu dengan satu gambo pemandangan di tepi tasik yang memang cantik giler!! Tapi belum reti lagi. So, wait aaaa. Lagi ada member aku komen yang tulisan untuk blog aku ni nampak cam pudar dan tak menarik. So, aku try la pakai kaler ni. What do you guys think? Sebarang komen atau kritikan membina adalah dialu-alukan. Sebarang kutukan menghina sila simpan dalam hati ye.

     Minggu ni idup kurang tekanan sket. Project progress report aku dah hantar dan ada beberapa pembetulan kecil aku kena buat. Esok kena anta balik. Insya-Allah settle yang tu. Yang lain tu takde apa-apa sangat kot. Lagi, kalau takde apa-apa aral, lepas final nanti aku, Nik dan DinSabah akan berlepas ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mendalami ilmu-ilmu programming dengan seorang tok guru IT yang bermastautin di sana (untuk PSM kitorang). Programming yang bukan sebarang programming sebab software yang kitorang pakai ni tak digunakan secara meluas. Kitorang akan ade kat sana lebih kurang sebulan untuk mengumpul seberapa banyak ilmu yang mungkin. Di samping itu, di masa lapang kami juga akan berusaha mencari prospek gadis-gadis cun yang berpotensi mengisi kekosongan kami. Heheheh...(Sila gelak dengan nada jahat ye!). Dengar cite awek Pasir Putih ramai lawa-lawa, nanti aku gi check.

     Oklah, cukup aku merapu setakat ini dulu. Till next time.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home