this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Tuesday, March 15, 2005

Memikirkan Yang Ntah Apa-Apa

Memikirkan Yang Ntah Apa-Apa

Exam tinggal 1 paper lagi. Perlindungan Sistem Kuasa. Bagaimana sistem kuasa dilindungi. Apakah yang digunakan untuk melindungi sistem kuasa. Siapakah yang mencipta sistem perlindungan kuasa ini. Ini dan banyak lagi harus mampu ku jawab menjelang Khamis pagi ni.Last paper. Buat semua rakan-rakan seperjuangan, berusahalah bersungguh2 ye!

Rumet aku tido awal malam ni. Kesian dia, penat agaknya. Kalau dia bangun nnt insyaAllah stay up sampai pagi tu. Bagus jugak, boleh la kejutkan aku Subuh sebab semenjak dua menjak ni, persamaan solat Subuh aku tu kalau dikamirkan terhadap masa menggunakan kaedah gubahan gabungan Simpson 1/3 dan 3/8, akan menghasilkan peratus ralat relatif yang menyimpang jauh dari nilai sebenar. Bukan leh salah kan org lain, kenalah cermin balik diri sendiri.

Nak makan apa malam ni? IndoMie perisa asli yang kubeli baru-baru ni masih berbaki tiga bungkus lagi. Keenakannya tambah terasa di waktu-waktu begini, tatkala not-not yang menghiasi wallet cuma berwarna biru dan hijau, di samping beberapa keping timah yang dikorek dari tabung Pringles aku yang semakin berkurang jisim dan isipadunya. Nescafe 3 in 1 aku pun masih ada beberapa paket lagi, dibeli waktu aku masih berharta dulu. Kena bajet la skrg ni. Cuti ada 3 bulan 3 minggu lepas ni. Ingat nak cari duit poket gak, tapi taktau la ada peluang ke tak. Nak setel PSM lagi, MUET lagi, yang sudah tentunya memerlukan ongkos. NaBiLa pun aku kena jaga. Makan minum dia sume sapa lagi nak tanggung kalau bukan aku. Takpe, aku tak kisah, dia pun dah banyak berkorban untuk aku. Ke sana ke mari, ke mana aku pergi dialah yang menemani.

Aku taktau nak end camana jadi biarlah aku selitkan something untuk kita fikirkan bersama,

"Jika kamu mengagumi seseorang kerana kecantikan atau ketampanannya, maka apa yang kamu kagumi itu tidaklah lebih daripada kulit dan daging yang akan kecut dan layu dimamah usia."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home