this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Wednesday, March 09, 2005

Sehari Di Times Square


Ahad lepas aku melepakkan diri di Times Square dengan member aku. Satu pengalaman yang menarik dan baru buat aku. Bertolak dari Melaka kul 9.30 pagi, sampai kat Pudu, naik pulak LRT ke stesen Hang Tuah. Dari situ plak, boleh pilih samada nak naik monorail atau nak jalan kaki je.

Memang happening tempat ni. Selain dari benda2 lain yang biasanya ada pada kbnykn shopping complex, ada 2 facility yang unik kat cni. Satu ialah panggung wayang 3D Imax, yang terbesar di Asia Tenggara dan satu lagi ialah indoor theme park; lebih kurang cam kat Genting Highlands Resort Theme Park tapi dalam bangunan tu jugak. Dapat anugerah Malaysia Book of Records sbg indoor theme park terbesar kt Msia dgn keluasan 380,000 kaki persegi, dari tingkat 5 sampai tingkat 8.

First aku masuk wayang Imax, tengok cite T-Rex: Back To The Cretaceous. First time tgk wayang 3D, aku dibekalkan dgn spek yg besar giler. Cam nk gi skuba pny goggle. Tapi dia pny view, fuh marvellous!!! Macam ko betul2 berada kt dlm movie tu. Bila daun dari pokok berguguran ke tanah, terasa cam ko bleh capai je dgn tangan. Pastu ada satu scene ada org tgh gerudi batu, serpihan dia nampak cam terpelanting ke muka aku, aku siap mengelak lagi. Nasib baik brader kt sblh tu tak gelakkan aku. So, klau ade peluang, aku rekemen la korang pegi. Ia satu pengalaman orang yang pegi je tau rasanya. Harga tiket RM 15 - RM20 seorang, bergantung kpd citer apa yg korang tengok.

Pastu, aku gi plak theme park dia. Bayaran masuk sorang RM25. Dia bagi ko satu tag, lekat kt pergelangan tangan, then ko bleh main sume game kt situ brapa kali pn yg ko nak. Mainlah kot sukati nko. Tapi hati mau kering la. Sebab mmg kecut perut kalau main games kt cni.



Berikut adalah antara games yang ada, disusun mengikut tahap ketakutan (gambar ada kt bawah):

  1. Space Attack; Game yang paling mengecut perutkan dan membuatkan aku rasa cam nak hilang nyawa. Dia hayun kte cam pendulum, 360°. Bayangkan ko dlm keadaan terbalik (kaki ke atas kepala ke bawah) 3 tingkat dari lantai. Dia bleh pause plak dlm keadaan tu. Mmg cuak wooo..Turun turun tu, menggigil tangan aku.

  2. Supersonic Odyssey; Rollercoaster sbnrnye. Ni lagi satu nk buat aku hilang nyawa. Aku dahlah gayat. Tapi ada org penah cakap kat aku, benda yg kte paling takut, itulah yg kte kne cuba. Baru kte tau kemampuan kte yg sebenar.

  3. DNA Mixer; Satu lagi game yg buat kte tunggang terbalik. Tapi yang ni dah tak takut sgt. Tulah faedahnya klau kte wat yg paling menakutkan dulu.

  4. Ooort's Express; Yg ni wat kte kecut perut tapi xwat kte gayat. Yg ni kira family ride la. Aku pn xreti nk xplain caner.

  5. Dizzy Izzy; Yg ni dia bawak kte bergerak dalam satu bulatan pada halaju cahaya. Mmg sakit tengkuk naik benda ni. Ada amoi tu siap muntah lg naik benda ni. Kalau dia naik Space Attack aku tak tau aa, silap2 mau kembali ke Rahmatullah tu.

  6. Spinning Orbit; Yg ni xde apa aa..dia bawak kte berpusing 360° sambil menikmati pemandangan dr tingkat 8 ke bawah. Gayat sket jer aa.


Tulah alkisahnya. Sehari di Times Square KL. Kul 9.30 mlm aku pn bertolak balik. Sampai kat Melaka kul 11.30 mlm. Cukuplah aku buat keje lagha setakat ni. Skrg kena concentrate utk final. Lepas exam nanti barulah sambung nk buat keje2 giler ni lagi.


the sweetest thing
The Sweetest Thing



0 Comments:

Post a Comment

<< Home