this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Wednesday, March 02, 2005

Strriiikkkke!!!!!



"Sedangkan kita sendiri pun sukar untuk mengubah tabiat diri sendiri, maka usahlah diharapkan sangat orang lain berubah kerana kita"

Exam start next week. 10hb sampai 17hb. Paper Dr. Alita pulak tu. Carry mark pun kebanyakannya dah kuar. Takdelah tinggi sangat tapi takdelah teruk sangat jugak. Masalahnya, aku tak study apapun lagi. Ini tak boleh jadi. Sesuatu mesti dilakukan. Aku kalau boleh tak naklah pointer jatuh teruk sangat sem ni.

Untuk itu sebagai langkah permulaan, aku bersama 9 orang rakan sekelas telah mengunjungi pusat beli-belah terkemuka di Melaka untuk bermain boling.

Nampak macam takde kaitan? Eh...ada!!! Bersukan bukan setakat menyihatkan badan malah merehatkan minda yang nantinya membolehkan kita lebih memberi tumpuan pada pelajaran. (Ha..ha..ha...Sebenarnya memang malas nak belajar pun) Plus dah lama sangat tak main boling bersama budak2 ni.

So, kira2 jam 11 malam tadi, bermulalah kejohanan tertutup pertandingan boling antara beberapa ahli kelas 4BEKP1. Para peserta kejohanan adalah aku, Yop, Nik, DinSabah, Dan, Epul, Prof, Boboi, Bebe, Intan dan cheerleader merangkap tukang pegang kamera sebab tak main; Bie.

Maka, bermacam-macamlah skill yang telah dapat disaksikan tadi. Dengan gerak badan yang meliuk-lentok, kaki yang bersilang dengan penuh gaya dan keanggunan dan hayunan tangan yang penuh skil, strike dan spare dicipta. Namun tidak kurang juga yang mengambil kesempatan ini untuk mencuci habuk2 yang terdapat di longkang kiri dan kanan lane menggunakan bola masing2. Perlawanan telah dijalankan dalam 2 game. Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:

Pusingan Pertama:

Tempat Pertama : Ky 135 jatuhan pin
Tempat Kedua : DinSabah 106 jatuhan pin
Tempat Ketiga : Prof 105 jatuhan pin


Pusingan Kedua:

Tempat Pertama : Epul 126 jatuhan pin
Tempat Kedua : Dan 112 jatuhan pin
Tempat Ketiga : Ky 100 jatuhan pin

Keseluruhan:

Tempat Pertama : Ky 235 jatuhan pin
Tempat Kedua : Dan 203 jatuhan pin
Tempat Ketiga : DinSabah 200 jatuhan pin


Ha..ha..ha. Aku menang! Aku menang! Bestnyer!!! Biarlah jatuhan pin tak banyak mana pun, yang penting menang.

Balik dari main boling dlm kul 1 pagi, gi makan kat su sbb mmg tak mkn mlm lagi. Balik dari su, tetiba terserempak pulak member terlibat dalam kemalangan. Kereta terbabas sebab nak mengelak anjing. Abis bocor tayar. Drive shaft terkeluar, nasib baik tak patah. Itupun tak tau brape ratus kena bayar. Mujur kawan aku yg drive tu tak apa-apa. Yelah kan, minggu depan dah nak exam. Buatnye cedera parah, tak ke haru nak repeat sem. Anyway, aku n the gang pun lepaklah kat tempat kejadian sambil menunggu tow truck. Dlm kul 3.30 pagi, setel semuanya. Alhamdulillah....



mengelak anjing punye pasal...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home