this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, April 22, 2005

From Seremban With Love

From Seremban With Love

5 hari bercuti kat kampung. Bestnye susah nak digambarkan dgn kata2. Nikmat sungguh dapat tido atas katil king size sorang2. Aku boleh berguling sesuka hatinya. Bantal pulak ada tiga, satu letak bawah kepala, dua buat bantal peluk. Makan toksah cakaplah. Makan spesel tiap-tiap hari, sumer lauk favourite aku; ayam masak merah, sambal ketam, sambal udang. Nikmat sungguh, makan berapa kali pun takyah pikir duit dalam poket cukup ke tak. Kalau kat Melaka, jgn harap le nak merasa makan ketam. Yang lagi best, ayah aku yang masak tu! Sejak bersara ni, skil memasak ayah aku menunjukkan tahap peningkatan yang ketara. Lagi dapat borak dengan adik bongsu aku, kongsi citer macam2. Dapat borak dengan ayah aku, citer macam2. Dapat borak dengan mak aku, citer macam2.

Dan hari ini aku kembali ke bumi Hang Tuah ni. Meneruskan perjuangan menyiapkan projek aku yang mengesot-ngesot, merangkak-rangkak, dan teraba-raba semenjak ari tu. Ntah apa yg aku dh buat pn aku tak tau. Tapi takpe, semangat dah ade sket. Jgn hanyut dek arus ke'online game'an sudah. Sabtu depan plak ade MUET. Kenalah stat studi sket apa2 yg patut. Aku surf blog kwn2 aku. Frust. Majoritinya takde updet semenjak cuti ujung bulan 3 ari tu. Harapkan aku je yg konsisten updet. Tapi, tak salahkan diorang pun. Maybe connection internet takde kt umah diorang. So, takpelah kan, aku taip jelah apa aku rasa nak taip. Aku bukannya mengharapkan orang baca sangat. Janji kekadang apa yg aku rasa aku nk cakap aku leh cakap.

Banyaknye keje dan tanggungjawab aku. Dan ada dua tiga masalah besar yang perlu diselesaikan. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan untuk aku menghadapinya, dan memberikan hasil yang terbaik buat aku dunia dan akhirat. Amin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home