this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Thursday, April 28, 2005

Up For Rejection

Sorang member aku contact aku. Memberitahu berita sedih yang dia telah direject oleh gadis yang dia minati sejak sekian lama. Sebelum ni pun, dia selalu bercerita pada aku ttg budak pempuan tu bila kitorang ada kesempatan berjumpa atau bila dia tepon aku (aku nak tepon takde duit heheh.., msg boleh arrr). Kebetulan, budak pempuan tu aku kenal gak. Oleh kerana aku yakin dia memang ikhlas suka kat budak tu, aku pn cadangkan dia approach. Daripada dia terus dilamun angau berterusan, baik dia buat something kan?

Budak pempuan tu bagi alasan yang dia dah ada seseorang. Selepas menjalankan siasatan, akhirnya member aku dapati 'seseorang' tu tak wujud. Tanya dia balik. Dia kata mak bapak dia dah ada pilihan. Pulak. Member tu siasat lagi. Terbukti takde. Akhirnya dia bagitau yg maksud dia cakap macam tu ialah dia akan ikut pilihan mak bapak dia bila tiba masanya nanti.

Cis!!!Alasan.

Dari siasatan aku plak, aku dapat tau dia minat orang lain dan sedang menunggu orang tu utk approach dia. Tak taulah sejauh mana betul tak betulnya, tapi sumber aku boleh dipercayai.

Aku tak marah budak pempuan tu reject member aku. Dia ada hak menentukan sapa yg nak jadik balak dia. Tapi naper dia takleh berterus-terang jer? "Saya mintak maaf, saya takde perasaan pada awak, kite jadik kawan je macam sebelum ni boleh?" Kan senang? Takyah nak pikir alasan-alasan yang akhirnya mengkantoikan diri sendiri. My friend is not bloody stupid u know.

Terkenang aku pesan bos aku masa LI dulu. Bos aku ni tabligh. Satu malam, masa kitorang tgh nk stat keje overtime, masa tgh borak2 tu, terbukak la cite pasal jodoh ni. Nasihat dia bagi aku memang berkesan gak kat ati aku. "Jodoh kita sume Allah dah tetapkan", dia kate. Aku tanya dia, "Tapi kite kena berusaha gak kan utk mencari?" Dia jawab, "Bila sampai masanya kita bertemu jodoh kita, Allah akan gerakkan hati kita. Kalau Allah dah tetapkan seseorang itu buat kamu, satu dunia ni nak halang pun kamu tetap akan dapat gak. Tapi kalau Allah dah tetapkan dia bukan milik kamu, satu dunia ni nak bagi pun kamu takkan dapat."

Apa yg dia cuba bagitau aku ialah kalau aku ada awek, sayang tu tak salah, tapi biarlah berpada, sebab belum tentu lagi dia jodoh aku. Takyah nak berkepit cam belangkas, tayang kat orang sana-sini sebab kalau tak jadik, kite balik yang malu. Betul jugak kan? Pernah aku dengar orang bercinta bagai nak rak, kekadang sampai bertahun, tapi akhirnya kawin dgn org lain.

Aku pun pernah bercinta. Pernah berkapel. Pernah clash. Pernah direject. Tapi aku rasa aku leh terima sume tu seadanya. Jauh dalam hati aku, aku percaya yang bila aku tak dapat apa yang aku nak, sumenya sebab Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik buat aku di masa akan datang. Apa yg aku alami adalah sbg pengajaran untuk mendidik aku menjadi insan yang lebih matang dan lebih hampir padaNya.

For now, I'll enjoy my single life as it is. While I still can. Ha..ha.Roll

0 Comments:

Post a Comment

<< Home