this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Thursday, May 05, 2005

Aku Yang Bengang Dgn Diri Aku Sendiri

Yaa...hari ini hari memarahi diri aku sendiri. Marah sebab tak buat benda yang aku sepatutnya buat dan buat benda yang aku sepatutnya tak buat. Sudahnya, aku menyusahkan diri aku sendiri. Apasal ah? Cam orang bodoh je. Bengang betul! Apasal kekadang aku rasa semangat aku ni tak cukup kuat? Bila diuji skek je dah rasa nk give-up. Padahal aku tau tu, ujian la yang mematangkan sume manusia kat atas moka bhomi ni. Ni rasa nak mencarut ni. Sabo Ky, sabo, bawak mengucap.


Isnin lepas aku dapat keje part-time kat C*entury Mahk*ota, banquet dept. 7 pagi sampai 12 tgh mlm. 17 jam direct woo... satu rekod kejohanan tu. Tak kisah, I need the extra money. Badan dan otak tak penat mana, cuma kaki jela yang lenguh tak hingat. Maklumlah, keje fizikal, most of the time berdiri aje. Mengingatkan aku kembali kepada memori silam tatkala aku bekerja dekat Equat#orial dulu. So, just nak share my views ttg hotel secara umumnya.


Pertamanya, aku selalu terpikir dulu, knape kat hotel nasi goreng pattaya reganya RM15 dan teh tarik RM5 (harga bergantung pd tmpt ye) padahal kalau pegi kat mana2 kedai makan RM5 tu basically dah boleh makan cukup kenyang dgn air sekali. Adakah kerana rasanya yg maha sedap sehingga menjilat jari dan kuku kaki? Adakah kerana bahan2 yg digunakan sangat tinggi kualitinya? Adakah kerana nasi gorengnya kita boleh tambah 2-3 kali setiap kali habis makan? Tidak, nope, nehi. Tuan-tuan dan puan-puan, jawapannya ialah they charge u for SERVICE. Pengunjung hotel kebanyakannya tak sedar dan selalunya komplen, "Apasal harga makanan kat sini mahal ye dik?" padahal diorang taktau diorang membayar untuk segala-galanya; dari sewa pinggan import tempat letak nasi goreng diorang tu, sewa kusi empuk tpt diorg duduk sambil menjamu selera tu, sehinggalah senyuman dan layanan awek waitress yg cun melecun dan menggoda tu. That's why they charge so much**.


Keduanya, tentang isu halal haram. Penah pegi restoran makanan Cina atau Jepun kat hotel2? Kalau tanya manager kat situ (yg biasanya Cina atau India) halal ke tak, diorang akan kata halal. Tapi sebenarnya, bagi konteks diorang halal tu sebab takde babi. Kalau ada babi baru haram. Aku penah tanya sorang chef Melayu kat Equat#orial aku dulu, tentang benda ni. Jawapannya, it depends. Kebanyakan masakan jenis Cina dicampur sedikit Chinese Wine sementara beberapa masakan Jepun plak dicampur dgn dua tiga titis 'sake' atau Japanese Wine sebagai penambah perisa**. Sushi takde campur wine tapi sos dia yg hitam tu ade. So kalau korang pegi makan Chinese or Japanese food, tak salah kalau kau tanya, "Do u put some wine in your food?"


**Maklumat di atas bukanlah kenyataan rasmi tentang hotel tersebut. Maklumat di sini tak bersandarkan fakta 100% sebab cuma berdasarkan pemberitahuan dari mulut ke mulut pengalaman dan pendapat aku. Harap maklum.


Peringatan Utk Diri Sendiri: Pasni maybe better klau xkeje banquet lagi. Nasib baik function yg aku serve tu function Melayu. Kalau tak, maybe kena serve arak. Eeeee...simpang malaikat 44.

Dahlah tu. Cukuplah aku membebel. Esok petang aku dijadualkan akan bertolak ke Johor Bharu. Ke Karnival Sure Heboh TV3 kat Danga Bay bersama team CH Melaka. Insya-Allah, stay kat KBS utk 3 hari 2 malam. Seingat aku, last aku pegi JB masa Darjah 5. Excited gak ni. So, won't be blogging till next week (as if anyone cared... hahaha).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home