this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, May 20, 2005

Aku Yang Tak Nak Demam


20.05.2005
. Lawa tarikh ni ek? Tarikh yang cantik untuk melakukan apa-apa yang ingin dijadikan kenangan, kalau ada la apa-apa yang ingin dilakukan. Tapi bila pikir-pikir balik, kelawaan tarikh tu tak penting sebenarnya kan? Hari yang istimewa bagi kita akan tetap kita anggap menarik walaupun kombinasi nombornya tak lawa pun. Aku target by 20.07.2007 aku akan mempunyai aset yang cukup untuk perkahwinan aku. Ok tak? Ada calon ke tak itu belakang kira la beb, janji aset kena prepare dulu. Tu pun kena la carik calon yang sederhana serba-serbi, dibuatnya nak hantaran RM40k cam Juma, alamat tak berbini la aku.

Dan seterusnya, berkenaan tajuk entri aku tu. Aku bukannya maksudkan demam panas, demam campak, demam kura-kura atau buat-buat demam untuk dapat MC tu. Aku nak cakap pasal esok, di mana akan bermulalah episod 'demam' Aka*demi Fant*asia 3. Untuk berita rasmi, silalah klik
di sini. Maka malam esok, akan bermulalah pertarungan mamat-mamat dan minah-minah tu untuk merebut tempat menjadi pelajar akademi, seterusnya mengguna dan mengimplemen segenap skil, kreativiti dan wat-wat muka sedih untuk meraih perhatian dan simpati daripada seluruh rakyat jelata bumi Ta*nah Me*layu ini untuk mengundi mereka, yang akan memungkinkan mereka memenangi hadiah lumayan musim ini berupa pangsapuri, kereta, wang tunai, pakej percutian dan segala mak-bapak tok-nenek hadiah lagi; di samping keglameran, peluang merakam album dan juga menjadi pelakon filem-filem arahan sutradara masyhur di Malaysia. Tu tak kira lagi peminat kipas-susah-mati yang akan sentiasa mengikuti perkembangan dan menyokong mereka. Semuanya untuk usaha selama 10 minggu. Dah tentu ramai yang nak kan? Tapi kalau aku diberi peluang takde de aku nk gi de.... Alaa..ngaku je laa suara tu sengauuuu....huahaha.

Bagi aku, masa AF*2 dulu, aku tak penah ikut rancangan dia. Mungkin salah satu sebab ialah rumah aku takde As*tro dan mungkin salah satu sebab lagi aku tak minat sangat tengok aktiviti harian diorang tu. Aku minat tengok persembahan aje. Konsert live yg aku tengok pun konsert final kat satu kedai makan di BBB. Lepas tu ada la aku tengok video klip diorg, hasil kreativiti bebudak celik IT kite yg meng'cut'kan scene drp konsert mingguan tu, ditukar format dan diuploadkn kt internet. Maka dapatlah aku menyaksikan keletah Zahi#d, Far%ah, B^ob dan lelain lagi. Memang aku cukup terhibur dengan Zahi#d, dan aku rasa memang dia yang paling layak menang. Cuma yang aku pertikaikan kaedah memilih pemenang tu la.

Aku terkilan la, dan aku teramat tak faham, kenapa orang sanggup menghabiskan duit untuk mengSMS tu? Statistik menunjukkan semasa AF*2, As*tro mencatatkan pendapatan RM7.5 juta daripada undi SMS sahaja! Tu tak kira lagi mesej yg biasa kuar kt kanan skrin masa siaran rancangan tu yg tak diumumkan pendapatannya, untung jualan tiket konsert mingguan, cenderahati, barangan dan sebagainya. Kalau mak-bapak sedara-mara sepupu-sepapat sang pelajar tu aku leh faham lagi, sebab kalau menang, tempias kemewahan tu mungkin akan dirasai bersama. Tapi camana plak dgn orang lain yang sanggup menghabiskan duit gaji, remaja yang sanggup mencuri-curi hantar undi pakai henset mak-bapak, semata-mata untuk memberi kemenangan pada orang yang kalau menang pun bukan dia akan kongsi hadiah tu dan bukan akan bayar balik pada orang yang SMS dia. Habis-habis bagus pun dia akan cakap "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersusah-payah berkorban mengundi saya, anda semua tetap bertakhta di hati." Berbaloi ke membelanjakan hasil titik peluh sendiri atau mak bapak untuk memewahkan orang lain tanpa ada sedikitpun pulangannya kepada kita?

Aku tertarik dengan satu artikel keluaran Harian Metro tahun lepas tidak berapa lama selepas kemenangan Zahi#d. Untuk membaca artikel tersebut,
klik sini. Komen penulis, kalau mereka yang menghantar SMS dlm rancangan itu sebaliknya mendermakan duit tersebut untuk tabung kanak-kanak bengkak hati, 20-25 nyawa kanak-kanak tersebut yang boleh diselamatkan. Tak perlu kita melihat kanak-kanak seperti Nur Atiqah Najwa dan Safiyyah Khadijah menderita.

Apapun semuanya terpulanglah pada diri sendiri. Aku tulis ni pun mostly utk nasihat diri sendiri. Aku akan enjoy konsert tu bila kuar nnt. Mungkin minat sapa2 yg best. Tapi dah tentu aku takkan menghabiskan duit aku untuk SMS. Baik aku SMS memember aku lagi bagus.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home