this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Monday, June 06, 2005

Dan Aku Mengerti Kini...


Dahulu aku menyangka
Cinta itu perlu diungkap dengan kata-kata
Ungkapan syahdu membelai jiwa
Pujuk rayu dan gurau senda
Tanda kasih tidak terhingga

Tapi kini aku sedari
Tak semua madah manis bermadu datang dari hati
Terkadang ada maksud lain yang disembunyi
Ada niat tersirat yang cuba diselindungi
Kata-kata tidak boleh menjadi sandaran cinta sejati

Bagiku
Cinta sejati bukan sekadar membisikkan I Love You
Dan membalas I Love You Too...
Tapi menyayangi seseorang
Tanpa mengharapkan balasan
Bersedia menemaninya kala susah dan senang,
Mengingatinya
Mendoakannya
Mendambakan kebahagiaan mengiringi hidupnya
Mengharapkan rahmat Ilahi menyinari hatinya

Kata-kata romantis itu hanya punya makna
Jika ia datang bersama keikhlasan jiwa
Kerana cinta sejati itu
Bukan datang dalam bahasa lidah
Tapi terungkap melalui bahasa hati
Terpancar melalui wajah, terselit di celah gerak-geri
Dan aku mengerti kini



~Kamar Imzadle~
Copyrights Reserved Imzadle 2005

Buat teman yang kena cabut gigi hari ni, dah..dah.. tahan ye, sikit aje tu! :)

7 Comments:

  • At 7:17 AM, Anonymous Arie said…

    Nice poem...aku jua mengerti kini hehe

     
  • At 11:52 AM, Anonymous imzadle said…

    nilah akibatnya dok sorang2 kat umah xde member. :)

     
  • At 1:21 PM, Blogger sue said…

    wah jiwang2...hehehe...sungguh tidak ku sangka..

     
  • At 3:37 PM, Anonymous imzadle said…

    bukan jiwang la sue. (he..he, xnk ngaku). aku pun tak tau caner leh plak terdapat idea nk karang puisi ni. tapi suka-suka, apa salahnya. sbb byk bukak blog org yg berpuisi-puisan agaknya.

     
  • At 4:17 PM, Anonymous linda said…

    hmmm.. tak sangka.
    nice try and nice word

     
  • At 8:23 PM, Blogger hana_kirana said…

    nice try, man... in fact, it touches my heart deeply... :)

    Abg. Doraemon? Nope, i dont think u know him... Budak FTSM dia tuh

     
  • At 1:12 PM, Anonymous Anonymous said…

    Cinta....bila ikhlas kita tak mengharapkan balasan, ada tika kerana terlalu menyintai kita terpaksa biarkan insan yg tersayang pergi, andai ketidakhadiran kita membuatkan dia bahagia, kerana cinta membuatkan kita sanggup berkorban apa saja asalkan kebahagiaan sentiasa menyelubungi dirinya, dan sayangi diri sendiri sebelum belajar menyayangi insan lain. Pergh...jiwang sungguh

     

Post a Comment

<< Home