this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Sunday, June 26, 2005

Gotong-Royong


Rumah sewa aku koner lot.Ada laman, besar jugak. Aku tak pernah amik port sangat pasal kawasan laman rumah aku. Dulu, masa aku mula2 pindah ke sini, terdetik juga di hati, nak tanam pokok bunga, nak buat macam taman kecil...bukanlah jenis yang mahal2 siap ada air terjun mini tu, tapi cukuplah sekadar sedap mata memandang. Aku ingat nak tanam sayur sket. Serai ke, cili ke dan apa-apa sayur-sayuranlah yang boleh ditanam. Sekali-sekala bleh la buat ulam makan tengahari. Biar kalau orang tengok, orang bleh respek sket kt teruna2 bujang dan hensem-hensem yang duduk kat dlm rumah ni. Siap nak pasang rumput ala-ala padang golf tu lagi. "Gila kau," member aku cakap, "Mahal nak mampus tau rumput. Pastu kena maintain lagi". Laa..ye ke? Aku ingatkan rumput tak mahal. Mahal rupanya.

Tapi sume niat suci dan tulus murni aku tu perlahan-lahan hilang ditelan arus masa. Kekadang terfikir jugak, buat apa nak beria-ia? Ni cuma rumah sewa aje. Dibuatnye aku dh keluarkan skil aku sume, dekaret lawa-lawa, tetiba tuan rumah datang tengok, trus berkenan nak masuk balik umah dia, tak ke susah aku dgn kawan2 aku?

Jadi, akhirnya aku dan housemates aku sebulat suara menjadi rakan pencinta alam sekitar. Kami biarkan flora dan fauna pelbagai spesies berkembang biak dengan meriahnya di laman dan belakang rumah kami. Imperata cylindrica* dah naik separas pinggang. Saintis tua dulukala seringkali berpesan, "Jangan ikut resmi imperata cylindrica*, makin tua makin tegak tapi ke mana angin bertiup, ke situlah ia menghala." Tapi itu pesan saintis tua2. Kitorang bukan ikut resmi dia, kitorang biarkan dia tumbuh aje. Tumbuhan pelbagai spesies yang entah apa namanya semakin bermaharajalela. Kitorang buat bodoh. Lama-lama rumah kitorang dah jadi macam hutan sekunder. Kalau tengok dari belakang macam umah tinggal.

Sume ini sebenarnya akan berterusan kalau rumah kitorang tak didatangi oleh orang Southern Waste pagi semalam. Diorang kata Datuk Bandar Melaka nak datang melawat kawasan ni esok (hari ni) jadi diorang nak kawasan laman tu dibersihkan. Aku terkonfius sekejap, Melaka ada Datuk Bandar rupanya ye? Tak tahu pulak aku. Aku memang jahil bab-bab struktur hierarki pemerintahan negeri Hang Tuah ni. Aku tanya housemate, diorang pn taktau jugak, sama je jahilnya macam aku. Orang SW tu offer nak racun, tapi diorang caj RM35. Apa, RM 35? Heheh, takpe la, kitorang buat sendiri ye bang ye?

So petang tu dgn berbekalkan mesin pemotong rumput yang kitorang pinjam dari bapak Anis, bermulalah operasi gotong-royong membersihkan hutan sekunder tu. First time aku pegang mesin tu. Ingatkan keje dia senang aje. Huh..tak semudah yang disangka. Bukan senang nak trim rumput tu kasi rata. Naik krem tangan. Bergilir la kitorang mengkremkan tangan masing2. Masa aku potong rumput kat belakang rumah tu, saspen jugak. Manalah tau kalau2 ada ular. Aku ni org yg ophiciophobic**, cam Nana. Nasib baik takde. Mana rumput yang takleh potong, kitorang sabit. Kitorang cabut. Kitorang sapu dan kumpulkan kat satu tempat. Perlahan-lahan, umah kitorang jadi cantik sikit. Best pulak tengok laman yang kembali ada rupa laman.





Clockwise from top-left:
1. Pemotong rumput paling hensem
2. Men At Work
3. If you think his butt looks cute, wait till u see his face.
4. Posing, depan sampah pun tetap posing

Dan tanpa disangka, ada juga kuntuman bunga indah yang sudi menghiasi laman kami.




Dan selepas abis sume keje, taktau apa nak buat, dengan berbekalkan sabit dan kelengkapan di tangan, kengkawan aku yang kreatif pun menghasilkan imej ini.





Geng Al-Qaeda dah sampai ke M'sia? Hahaha...dah tentu bukan. Nilah creative re-enactment of Al-Qaeda kidnapping dibuat oleh kawan aku. Of cos, ianya sume adalah lakonan semata-mata. Nobody was harmed in the making of this photo. Tapi cam real je kan? Nasib baik kitorang tak buat backdrop bendera al-qaeda je kat belakang dia. Kalau tak mesti real abis...

The pictures you can't see are intentionally taken out for its controversial nature. Thanks for the advice Kak Nazrah & AuntyN!

* - lalang
** - takut kat ular

8 Comments:

  • At 5:06 PM, Blogger sue said…

    wah..seram 2 wei....skali sabit jek, terpenggal kepala..

     
  • At 6:11 PM, Blogger hana_kirana said…

    Hahahaha.... lawak giler gambar akhir tuh! tahniah kerana berjaya membersihkan rumah...

     
  • At 12:31 PM, Anonymous imza said…

    huhu...sabit tu tumpul jek. sabit lalang pun tak brp nak lut.

     
  • At 3:51 PM, Blogger faux diamante said…

    Ya Allah, jangan main2 gamba cam ni dik oi.I am sure it's all in good fun.But your sense of humour is endearing.

     
  • At 6:06 PM, Blogger AuntyN said…

    Ye lah Imza, jangan main2 dgn perkara camtu, nanti bahayakan diri sendiri. Terimakasih dtg blog aunty dan komen. Jodoh tu di tangan ALLAH, Dia yang tentukan yang mana sesuai untuk kita. Cabaran dan dugaan pada kita yang berbeza tu. Jangan takut nak kawin pulak ni.

     
  • At 9:04 PM, Blogger imzadle said…

    thanks 4da advice kakak b2, will do.

     
  • At 10:45 AM, Anonymous kak tenah said…

    im, naik saham anak2 truna satu rumah

     
  • At 10:08 PM, Anonymous Anonymous said…

    rajinnya korang.. sekali dlm 2 sem aku dpt tgok gotong royang mcm nie.. hahahhahahaha.. bgus.. nasib baik tak jadi hutan sekunder.. klau tak aku nak camping dkt ctu... hahahah... tahniah..

     

Post a Comment

<< Home