this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Saturday, June 04, 2005

Home Alone


Aku keseorangan. Bukannya kesunyian. Bukannya mendambakan sesiapa untuk menemani di sisi. Keseorangan sebab memang aku tengah duduk kt umah sorang-sorang. Housemates aku sume takde, pegi kursus usha budak pempuan usahawan bermula semalam sampai Khamis depan. Kursus tu dianjurkan bersama dgn Kem. Pembangunan Usahawan. Sapa yg pegi dan tamat kursus tu akan dianugerahkan sijil yang melayakkan peserta tu untuk memohon pinjaman sehingga RM250,000 kelak, sekiranya diorang berminat untuk membuka perniagaan. Aku dah pegi dan dah ada sijil pun, maka aku tak dibenarkan pergi sekali lagi. Arakian, duduklah aku sendirian kt umah melayan perasaan sendiri, melayari internet, mengupdet blog, meYM teman-teman dan menge'check' e-mail. Kebetulan, melalui Nana, aku ketemu kembali seorang lagi sahabat seguru yang telah sekian lama terputus hubungan. Kini sedang menuntut di UK. Seronok dapat berborak dengannya via voice chat (kalau nak tepon, kim salam ler, brape ratus abis klau nak call UK?). Moga persahabatan yg terjalin kembali ini akan berkekalan. Projek aku masih terbengkalai lagi, justeru inilah masa yang sesuai untuk aku mengqadha' kembali kerja-kerja yang telah ditunda tertunda. Esok perlu setidak-tidaknya menjadi titik-tolak untuk aku menyambung semula perjuangan aku menyiapkan kajian dan laporan aku yang telah tertangguh sekian lama.

Hidup sensorang ni ada kelebihannya. Untuk tempoh masa yang singkat ni, aku boleh buat apa yang aku suka. Aku boleh memekak macam orang gila, boleh pasang lagu apa pun yang aku suka, boleh mandi tanpa perlu mengunci pintu dan takde orang yang akan muntah menengoknya. Aku juga adalah pemilik tidak rasmi untuk 2 buah kenderaan selain motor milikku nan satu itu, sebuah kereta Wira dan juga sebuah motor RXZ. Boleh aje kalau aku nak melaram dengan mobil temanku itu, tapi rasa macam tak patut pulak nak bawak keta org ke hulu-hilir sebenarnya sebab aku bukannya ada duit nak isi minyak . Lagipun, dibuatnya berlaku apa2 yg tak diingini pada keta tu, jenuh aku nak menjawab. Tak naklah jadi macam kes kawan aku aritu yang telah aku coretkan
di sini .

Aku bangun awal pagi iaitu kira-kira jam 12tgh hari tadi. Selepas bosan melepak di atas tilam, aku pun turun ke bawah (rumah sewa aku 2 tingkat, aku tido kat atas), tiba-tiba aku terperasan sesuatu yang menyaspenkan. Pintu belakang rumah aku terbuka! "Isy...pelik! Bukan bertutup dan berkunci ke semalam?", getus hatiku. Spontan aku terus membuka pintu bilik temanku yang duduk di bilik bawah. Tak nampak kelainan. Aku buka stor. Pun takde apa yang pelik. Aku check pintu grill. Takde tanda-tanda diumpil atau dipecahkan. TV dan PC masih ada di tempatnya. Itulah barang berharga yang ada pun. Cuma pintu tu aje yang terbuka. "Mungkin terbuka sendiri je kot, kena tiup angin ke?", aku bermonolog nak menyedapkan hati, walaupun aku sendiri tak percaya dengan alasan aku tu.

Malam ni aku akan lebih berhati-hati. Walaupun tergaris secalit risau di hati, tapi sekurang-kurangnya aku punya sekelumit ilmu seni beladiri Melayu asli yang aku pelajari untuk menjadi bekal buat membentengi diri. Moga dengan izin Allah dan berkat guru, aku mampu menggunakannya andai terpaksa.


2 Comments:

  • At 12:34 PM, Blogger hana_kirana said…

    Takkan lah pintu tu terbukak sendiri?

    wah, new looks! nice one! :)

     
  • At 2:47 AM, Anonymous Arie said…

    Nice colour..my feberet plak tu :D and not to forget a very nice song...(terus selongkar my_music carik lagu tu balik) :)

     

Post a Comment

<< Home