this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Tuesday, July 26, 2005

Tentang Menghargai Cinta


"Im, sekarang baru aku sedar yang aku betul-betul sayangkan dia, yang aku nakkan dia untuk menjadi suri dalam hidup aku ni," perlahan dan penuh payah dia melepaskan keluhan itu pada aku di telefon.

"Habis, kenapa waktu dia setia bersama kau dulu, kau tinggalkan dia untuk mencari cinta gadis lain, yang cintanya tak sesetia dia? Kenapa sekarang, bila segalanya dah terlewat, baru kau sedar kesetiaan dan pengorbanannya selama ini?"

"Memang aku silap Im, memang aku silap. Aku mengaku. Tapi aku cuma manusia, Im. Manusia mana kat dalam dunia ni yang tak pernah buat salah?! Sekarang aku cuma nak betulkan kesalahan aku. Tapi dia degil, dia tak nak terima maaf aku. Bila aku telefon, dia matikan henset. Aku hantar mesej dia tak balas. Pernah aku telefon rumah dia, dia angkat tapi bila dia tahu ianya aku, dia cakap macam nak tak nak aje. Tapi aku takkan putus asa Im, aku akan cuba lagi. Sebab jauh dalam hati aku, aku dapat rasakan yang dia masih sayang pada aku. Aku tak setuju dgn cakap kau Im, aku rasa segalanya masih belum terlewat...".

Diam. Hening seketika. Hanya kedengaran nafas dihembus perlahan ke corong telefon.

~~~~~~~~~~~~~

Kedua-duanya sahabat aku. Kisah bermulanya cinta mereka cukup unik, cukup romantik dan ketika itu aku rasa cukup berbangga kerana menjadi orang tengah yang menemukan mereka. Dan sebagai teman, aku rasakan gadis itu sudah cukup sempurna. Sifatnya yang lemah-lembut, perawakannya yang berhemah, taat pada suruhan agama, cun ala-ala awek iklan Sunsilk pulak tu. Dan ciri paling mahal yang dimilikinya adalah kesetiaannya. Susah senang memang gadis itu sentiasa berada di sisi kekasihnya, tidak berganjak menemani dan memberikan sokongan.

Namun terkadang kita ini jarang menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah ianya tiada lagi pada kita. Kasih sang lelaki tiba-tiba beralih-arah, pada gadis yang lebih funky dan moden. Lantas ditinggalkanlah kekasihnya yang setia itu untuk mengejar cinta ilusi yang diciptakannya sendiri.

Aku tahu sang gadis itu memang kecewa. Teramat kecewa. Di sebalik kuntuman senyuman manis setiap kali aku berjumpanya, ada seribu luka yang tersembunyi di dalam hatinya yang hancur punah, ada airmata yang sedang disekang dan ditahan daripada tumpah. Aku hanya mampu berpesan padanya yang semua ini adalah perancangan Allah yang punya hikmah. Yang dia masih punya aku dan kawan2 lain untuk meluah. Akhirnya sang gadis perlahan-lahan berubah, menjadi lebih tabah, membina semula keyakinan dirinya.

~~~~~~~~~~~~~~

"Berat aku nak cakap, tapi aku rasa aku kena cakap jugak."

"Apa dia Im?"

"Sebenarnya kau memang sudah terlewat. Dia akan melangsungkan perkahwinannya Disember ini. Aku dah pun terima kadnya. Aku minta maaf kalau aku melukakan perasaan kau. Tapi mungkin itulah sebabnya dia tak nak melayan kau lagi"

"Hah?..."

Tut...tut..tut...tut..tut. Talian putus.

Semua ini kutuliskan hanya untuk membuatkan kita berfikir. Bolehkah aku menghargai cinta sejati yang diberikan pada aku bila tiba masanya nanti? Moga-moga Allah berikan kekuatan dan hidayah. Kalian bagaimana?


**Nukilan di atas adalah kisah benar yang telah diadaptasi semula.
Thursday, July 21, 2005

Hangin Satu Badan!


Katakanlah ko tgh nk kuar makan. Pastu kawan ko kata, "Eh, kirim!" Ko pn tny "Ko nk mkn apa?" Dia pn jawab "Alah, sukati ko la. Beli je apa2 yg patut." Ko pn gi la, pastu p-k pny p-k, ko belikan la dia nasi ayam. Skali biler balik dia sound ko, "Eh, apsal ko belikan aku nasi ayam! Aku tak suka la!" Tak ke rasa cam nak lempang budak tu?

Ok, Situasi di atas bukan benar2 berlaku. Kawan2 aku setakat ni takde yg mcm tu. Ni analogi ttg citer lain. Pasal kes pagi tadi la ni. Sapa yg paham tu paham ler.

Dah. Time to move on.
Wednesday, July 20, 2005

Blank! Blank!


Memula aku nak ucapkan terima kasih buat Cikgu Elly yang telah mengajar aku camana nk bukak window baru bile kite klik kat sesebuah link. Kalau nak try, klik je kat link dia kat atas tu.

Aku sebenarnya nak updet blog sejak 2-3 hari lepas lagi, tapi setiap kali aku buka akaun blogger aku, dan jari-jemari aku dah mula nak menekan kibod, otak aku jadi beku. Jari aku jadi kaku. Taktau apa yang nak ditulis. Takde apa yang menarik dalam hidup aku? Entahlah, mungkin apa yang berlaku sekadar rutin biasa bagi aku. Aku ingat nak mulakan n3 aku kali ni dengan ruangan khas mengumpat lecturer yang mengajar aku pagi semalam. Geram. Rasa nak telefon je Era dan nyanyi lagu lepaskan geram, "Geram, aku memang geram..." But after some thot, I decided against it. Tak patut la pulak aku rasa. Better just let go and forget about it. I don't wanna sweat about the small stuffs.

Kuliah dah masuk minggu ke-2. Life runs as usual, routines and more routines. Pegi kelas kkdg dgr lecture & ambil nota, kkdg just sit back, relax, pretend like I'm at full concentration with whatever the lecturer's dispensing while my mind is imagining being somewhere else just so that I won't fall asleep. Aku faham, untuk menjadi pensyarah yang berkesan bukannya suatu perkara yang mudah. If they spend 2 hours blabbering on only theories, mathematical equations and whatnots, the students will fall asleep within the first 15 minutes. If they spend too much time sharing stories about current issues, they will not finish the syllabus. I know it's hard to get and maintain people's attention. And I try to remind myself again and again, that they're trying to do their jobs as best as they can manage. I quote one of my lecturer's remarks when I was in 3rd year about boring lecturers, "Pensyarah dibayar gaji bukan untuk menghiburkan awak. Kami bukan badut sarkas, nak buat awak gelak, nak buat awak tak tidur. We are here to teach you, to guide you to become engineers. Soalan yang awak kena tanya diri awak ialah awak nak belajar ke tak?"

Good point. Very good point, matter of fact.

However, I'm not worried about class. The major thing that troubles me now is my PSM a.k.a thesis. A lot has yet to be done. And I only have roughly 2 months. Expectations are high for my project, so I've got to struggle whether I like it or not. Yang lain tu alhamdulillah, so far Allah mudahkan.

That's all for now. Will update some more if I got any interesting news to share. Right now, I've got to go and find some engineering ethic books. Got a presentation tomorrow regarding ethics so gotta prepare now. Btw, utk kuiz yg aku jumpa kat blog Nana, ni jwpn yg aku dapat plak :

Im, you are Right-brained



Most right-brained people like you are flexible in many realms of their lives. Whether picking up on the nuances of musical concerto, appreciating the subtle details in a work of art, or seeing the world from a different perspective, right-brained people are creative, imaginative, and attuned to their surroundings.

People probably see your thinking process as boundless, and that might translate to your physical surroundings as well. Some people think of you as messier than others. It's not that you're disorganized, it's just that you might use different systems to organize (by theme, by subject, by color). Straight alphabetization and rigidly ordered folders are not typical of right-brained behavior.

You are also more intuitive than many. When it comes to reading literature, you probably prefer creative writing or fiction over nonfiction. And when it comes to doing math, you might find you enjoy geometry more than other forms like algebra.


Nak try? Klik sini

Tuesday, July 12, 2005

Sekadar Sebuah Hari


Tet..tet..tenene..nenet.... Bukan bertenet. Aku tak bertenet. Tu bunyi henset akulah tu. Monotone lagu AADC. (Silalah lagukan iramanya mengikut rentaknya ye!). Henset aku old skool; 3315, dh consider ketinggalan zaman dah. Orang skrg henset boleh tangkap gambar, boleh rakam video, bleh main mp3, bleh WAP. Henset aku tak boleh. Tak mampu dia nak buat semua tu utk aku wpun hati microprocessornya mungkin ingin berbuat begitu. Ia hanya mampu memberikan aku sekadar teknologi yang ada pada zaman ia dilahirkan. Nada bunyi. SMS. Tapi bagi aku itu sudah cukup. Sudah memadai. Aku tak perlukan segala teknologi canggih-manggih tu sangat. Apa yang dia ada sudah cukup untuk membuatkan aku sayang padanya. Sebab selain dari miss call dan msg sesapa, henset tulah yang membolehkan aku mendengar suara orang yang paling bermakna dalam hidup aku. Suara orang yang senantiasa berada di sisi aku di waktu susah dan senang. Di kala sihat dan sakit. Dia itulah. Suara yang paling merdu. Suara yang paling mendamaikan jiwa kala dilanda resah-gelisah dan gundah.

Dan hari ini aku mendengar suara itu lagi...

Assalaamu'alaikum sayang.
Ya, wa'alaikumussalaam.
Kat mana ni?
Umah sewa.
Dah abis kuliah?
Dah. Kuliah patutnya smp pukul 5 tp arini baru taklimat makmal. Kul 3 lebih dah abis.
Ok. Setakat ni caner kuliah?
Ok je.
Projek? Dh pegi TNB?
Heheh..(sambil tersengih) belum lagi.
Ya Allahhh...jangan main-main nak oi. Ni dah last sem dah ni. Mak nak angah score tau.
Ya mak. Itu mak jangan risau. Angah pegi nanti ok?
Jangan buang masa. Masa dah suntuk.
Ok mak.
Mak nak angah buat yang terbaik. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri dan masa depan angah jugak.
InsyaAllah mak.
Oklah, takleh call lelama ni. Bill naik kang abah ko bising lagi.
Ok mak.
Jangan lupa baca doa pelindung diri tau!
Ok mak, bye.

Bye.


Angah memang nak score. Dan angah akan buat yang terbaik. Bukan untuk angah je, tapi yang lebih penting untuk mak dan abah. Sebab angah sayang mak dgn abah.
Thursday, July 07, 2005

Juniorku Oh Juniorku


3 Julai yang lepas, sepertimana kebanyakan IPTA serata tanahair(kot?), kolej aku menerima kira 1200 pelajar freshies yang mengisi kekosongan 6 fakulti yang ada. Mesti ada kkwn kata "Eh apa plak 6, 5 lah wei". Tapi betul, 6. Mulai sem ini dia bukak lagi satu fakulti iaitu f.mekatronik. Actually kolej aku bukak offer untuk 1600, tp lebih kurang 400 xdtg. Ramai tuh, apasal la agaknya...

Pagi semalam ada sesi pengenalan persatuan-persatuan yang terdapat di kolej kepada diorang. Yelah kan, duduk kat uni ni kalau stadi giler baban, score giler baban tapi takde join aktiviti luar susah jugak nak laku dalam pasaran kerja bila grad nanti. Kurang2 kalau ada sijil join mana2 program HEP ke, sijil KAKS ke, kira ok aa. Oleh kerana aku terlibat dengan salah satu persatuan tersebut, maka aku telah diminta untuk turut sama mempromosikannya kepada para freshies. Arakian berpeluanglah aku beramah-mesra dengan mereka pagi semalam.

MPP sediakan satu ruang pameran di lobi Dewan Seri Negeri. Di situlah aku dan kawan-kawan seperguruan melepak dari pagi sampai tengahari. Tugas asal aku mudah. Tolong siapkan dan edarkan pamplet dan flyers. Setup komputer utk tayangan vcd persatuan di ruang pameran. Bersedia untuk menawarkan penerangan kepada yang berminat dan menjawab kemusykilan pada mereka yang bertanya. Tapi bila bebudak dah ramai, dan soalan yang ditanyakan pun mencabar minda, jenuh juga nak menjawab. Yet it was fun and exciting nonetheless.

Alhamdulillah, respons memang menggalakkan, malah lebih daripada yang diharapkan. Mulanya memang target nak promote pada freshies je. Alih-alih fasilitator pun tertarik juga. Ramai fasi tu budak2 yg at least aku cam muka, tapi selama ni tak pernah dpt bertegur atau berborak. Semalam dpt la berkenalan dgn lebih rapat.

Awek freshies (dan fasi) pun ramai yang lawa-lawa. Aduh!! Pusing sini nampak yang comel, pusing sana nampak yang cun, pusing sinun nampak yang solehah, tak pusing, eh tak pusing mana boleh beb, aku lelaki bukan malaikat. Lagipun, aku sekadar menikmati keindahan ciptaan Tuhan. :p huhuu...Aku rasa la kan, tahap kecunan awek2 yg masuk k.u ni kalau diplot atas kertas graf terhadap masa akan menunjukkan satu peningkatan linear dari tahun ke tahun. Heheh... So here are a few pictures during the promotion slot.





Kesibukan di Ruang Legar DSN






Promote Dik Jgn Tak Promote





Ruang Pameran Kitorang


So to Azmi, Fendie, Joe, Mirul, Dayang and to fasi Radzi n Ujang, thanks and congrats. Hidup Peneraju!