this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Tuesday, July 12, 2005

Sekadar Sebuah Hari


Tet..tet..tenene..nenet.... Bukan bertenet. Aku tak bertenet. Tu bunyi henset akulah tu. Monotone lagu AADC. (Silalah lagukan iramanya mengikut rentaknya ye!). Henset aku old skool; 3315, dh consider ketinggalan zaman dah. Orang skrg henset boleh tangkap gambar, boleh rakam video, bleh main mp3, bleh WAP. Henset aku tak boleh. Tak mampu dia nak buat semua tu utk aku wpun hati microprocessornya mungkin ingin berbuat begitu. Ia hanya mampu memberikan aku sekadar teknologi yang ada pada zaman ia dilahirkan. Nada bunyi. SMS. Tapi bagi aku itu sudah cukup. Sudah memadai. Aku tak perlukan segala teknologi canggih-manggih tu sangat. Apa yang dia ada sudah cukup untuk membuatkan aku sayang padanya. Sebab selain dari miss call dan msg sesapa, henset tulah yang membolehkan aku mendengar suara orang yang paling bermakna dalam hidup aku. Suara orang yang senantiasa berada di sisi aku di waktu susah dan senang. Di kala sihat dan sakit. Dia itulah. Suara yang paling merdu. Suara yang paling mendamaikan jiwa kala dilanda resah-gelisah dan gundah.

Dan hari ini aku mendengar suara itu lagi...

Assalaamu'alaikum sayang.
Ya, wa'alaikumussalaam.
Kat mana ni?
Umah sewa.
Dah abis kuliah?
Dah. Kuliah patutnya smp pukul 5 tp arini baru taklimat makmal. Kul 3 lebih dah abis.
Ok. Setakat ni caner kuliah?
Ok je.
Projek? Dh pegi TNB?
Heheh..(sambil tersengih) belum lagi.
Ya Allahhh...jangan main-main nak oi. Ni dah last sem dah ni. Mak nak angah score tau.
Ya mak. Itu mak jangan risau. Angah pegi nanti ok?
Jangan buang masa. Masa dah suntuk.
Ok mak.
Mak nak angah buat yang terbaik. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri dan masa depan angah jugak.
InsyaAllah mak.
Oklah, takleh call lelama ni. Bill naik kang abah ko bising lagi.
Ok mak.
Jangan lupa baca doa pelindung diri tau!
Ok mak, bye.

Bye.


Angah memang nak score. Dan angah akan buat yang terbaik. Bukan untuk angah je, tapi yang lebih penting untuk mak dan abah. Sebab angah sayang mak dgn abah.

10 Comments:

  • At 9:27 AM, Blogger sue said…

    ala...sedeynyer...

    angah?
    eh sama lah kiter...
    aku kakngah.

    best kan anak ke-2 nie..very very independent..heheh

     
  • At 1:44 AM, Anonymous im@ky said…

    hehe. angah jugak eh? well, well. biasa org ckp anak ke-2 ni rebellious sket which i think has truth in it, at least from my own experience la.

     
  • At 11:15 AM, Blogger hana_kirana said…

    lahiriah nyer saya anak ke-2 tapi kunun2 ade abang dulu jadi saya anak ke-3. jadi camner?

     
  • At 2:22 PM, Anonymous im@ky said…

    hana: abg pnh baca, kalau mengikut kitab rujukan melayu lama (serius ni) stiap org tu ada ciri unsur alam; samada tanah, air, api dan angin. kalau ikut penerangan anda, ini bermakna anda ada ciri gabungan air dan api.

     
  • At 8:48 PM, Anonymous Arie said…

    Ya betul unsur-unsur tersebut mmg pernah kudengari :)
    Tp mcm betul la anak 2nd ni agak rebellious sbb my brother pun sort of mcm nih tp hati baik la kan...just sometimes quite bad tempered :D

     
  • At 1:49 PM, Anonymous Anonymous said…

    Bila dia dekat terasa akan kebosanan mendengar leterannya, bila dia jauh terasa kerinduan mendambakan kasihnya, tapi kasih pada ibu hanya terlukis dihati, terluah pada doa tulus seorang anak, jauh di sudut hati ibulah segala-galanya

     
  • At 8:11 PM, Anonymous arie said…

    dengarlah lagu Hijjaz - Belaian Ibu...syahdu betul

     
  • At 12:03 AM, Anonymous im@ky said…

    anonymous, u have a way with words. i concur with u.

    arie, don't have that song la. if u have the mp3 version, why not send it to me?

     
  • At 4:40 PM, Anonymous crimsonskye said…

    huhu... syahdunya baca post ni... same here.. kalo dgr sora mak.. rasa macam hilang all the problems...

     
  • At 5:11 PM, Blogger adleenda said…

    macik tak tau nak cakap sedey ke tak. tp, each time balik kampung and see my mom, macik rasa cam terharu giler. sbb ayah macik dah arwah, macik nasihatkan laa sesapa yg ada mak ayah tu, sayangilah diorg.. kalo diorg bebel pon dengar jer.. jgn bantah. selama mana pon korang boleh dengar diorg membebel, korang tak tau. macik pon tak tau. sbb semua kat dunia ni pinjaman semata mata... arrghhh.. mata macik pon dah berair ni.. sekiann

     

Post a Comment

<< Home