this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Tuesday, July 26, 2005

Tentang Menghargai Cinta


"Im, sekarang baru aku sedar yang aku betul-betul sayangkan dia, yang aku nakkan dia untuk menjadi suri dalam hidup aku ni," perlahan dan penuh payah dia melepaskan keluhan itu pada aku di telefon.

"Habis, kenapa waktu dia setia bersama kau dulu, kau tinggalkan dia untuk mencari cinta gadis lain, yang cintanya tak sesetia dia? Kenapa sekarang, bila segalanya dah terlewat, baru kau sedar kesetiaan dan pengorbanannya selama ini?"

"Memang aku silap Im, memang aku silap. Aku mengaku. Tapi aku cuma manusia, Im. Manusia mana kat dalam dunia ni yang tak pernah buat salah?! Sekarang aku cuma nak betulkan kesalahan aku. Tapi dia degil, dia tak nak terima maaf aku. Bila aku telefon, dia matikan henset. Aku hantar mesej dia tak balas. Pernah aku telefon rumah dia, dia angkat tapi bila dia tahu ianya aku, dia cakap macam nak tak nak aje. Tapi aku takkan putus asa Im, aku akan cuba lagi. Sebab jauh dalam hati aku, aku dapat rasakan yang dia masih sayang pada aku. Aku tak setuju dgn cakap kau Im, aku rasa segalanya masih belum terlewat...".

Diam. Hening seketika. Hanya kedengaran nafas dihembus perlahan ke corong telefon.

~~~~~~~~~~~~~

Kedua-duanya sahabat aku. Kisah bermulanya cinta mereka cukup unik, cukup romantik dan ketika itu aku rasa cukup berbangga kerana menjadi orang tengah yang menemukan mereka. Dan sebagai teman, aku rasakan gadis itu sudah cukup sempurna. Sifatnya yang lemah-lembut, perawakannya yang berhemah, taat pada suruhan agama, cun ala-ala awek iklan Sunsilk pulak tu. Dan ciri paling mahal yang dimilikinya adalah kesetiaannya. Susah senang memang gadis itu sentiasa berada di sisi kekasihnya, tidak berganjak menemani dan memberikan sokongan.

Namun terkadang kita ini jarang menghargai apa yang kita miliki, sehinggalah ianya tiada lagi pada kita. Kasih sang lelaki tiba-tiba beralih-arah, pada gadis yang lebih funky dan moden. Lantas ditinggalkanlah kekasihnya yang setia itu untuk mengejar cinta ilusi yang diciptakannya sendiri.

Aku tahu sang gadis itu memang kecewa. Teramat kecewa. Di sebalik kuntuman senyuman manis setiap kali aku berjumpanya, ada seribu luka yang tersembunyi di dalam hatinya yang hancur punah, ada airmata yang sedang disekang dan ditahan daripada tumpah. Aku hanya mampu berpesan padanya yang semua ini adalah perancangan Allah yang punya hikmah. Yang dia masih punya aku dan kawan2 lain untuk meluah. Akhirnya sang gadis perlahan-lahan berubah, menjadi lebih tabah, membina semula keyakinan dirinya.

~~~~~~~~~~~~~~

"Berat aku nak cakap, tapi aku rasa aku kena cakap jugak."

"Apa dia Im?"

"Sebenarnya kau memang sudah terlewat. Dia akan melangsungkan perkahwinannya Disember ini. Aku dah pun terima kadnya. Aku minta maaf kalau aku melukakan perasaan kau. Tapi mungkin itulah sebabnya dia tak nak melayan kau lagi"

"Hah?..."

Tut...tut..tut...tut..tut. Talian putus.

Semua ini kutuliskan hanya untuk membuatkan kita berfikir. Bolehkah aku menghargai cinta sejati yang diberikan pada aku bila tiba masanya nanti? Moga-moga Allah berikan kekuatan dan hidayah. Kalian bagaimana?


**Nukilan di atas adalah kisah benar yang telah diadaptasi semula.

15 Comments:

  • At 9:53 AM, Blogger hana_kirana said…

    Tetiba kann... lelaki yang pompuan tu nak kawin hujung tahun ni adalah Abg. Ky. Mau meraung setahun kawan abg. Ky tuh... ahaha... saje tambah cerita... :p

     
  • At 10:35 AM, Blogger sue said…

    ehheheh....

    sungguh ke'novelan lah citer ko im.
    macam baca alaf21 punyer buku..ehhehe...ada bakat

    klu die kawin ngan ko im, hahahha...betul2 lah kalah sembilu punyer plot. :)

     
  • At 7:55 PM, Anonymous pinkRose said…

    hurrmmm...memang tersentuh tapi ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Yang Maha Esa...kita cuma mampu merancang namun Dia yang Maha menentukan...cinta sejati memang payah dicari, sekali ditemui, peliharalah dengan sepenuh hati, serta diberkati dengan restu dari Ilahi...

     
  • At 9:39 AM, Blogger ChEEdaH said…

    nak cari lelaki yang setia mmg susah pun..tapi kita tanyala jugak diri sendiri..kita nie org yang setia ka??

     
  • At 4:27 PM, Anonymous im@ky said…

    hana & sue: klau ending cm2, mmg movie material! boleh try approach yusof haslam bwk script, hahaha. tp klau aku tuka ending dh bkn kisah benar dah. aku cuma pelakon pembantu dlm citer ni.

    pinkrose: komen yg penuh falsafah. sama2lah kte berdoa agar kte bleh mjadi org yg tahu menghargai.

    cidah: klau nk huraikn definisi setia tu, pjg lebar diskusi ni jadinya. tp btullah apa yg ko ckp tu, hampir serupa dgn satu kata2 hikmah aku dpt dr email, "Jangan mengharapkan isteri semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra andai dirimu tidak semulia Saidina Ali k.m.w.

     
  • At 5:05 PM, Anonymous Anonymous said…

    Kadangkala orang yg baik bukan terbaik untuk kita

     
  • At 5:59 PM, Anonymous Anonymous said…

    Sori Im, persoalan tentang kesetiaan selalu buat darah aku naik. Napa? Entahlah, tentu ko tak pernah rasa bila dipermainkan, dan ko takkan rasa kecewa bila kesetiaan ko diragut, sebab ko lelaki. Lelaki akan berlindung disebalik kejantanan mereka atas kekecewaan hati, tapi perempuan hanya airmata untuk dia melepaskan perasaan. Tapi aku takkan salahkan lelaki sebab mereka ada perasaan, tersalah dan tersilap. Bagi aku kasih sayang yg sejati bila kita merelakan pemergian insan yg tersayang andai itu buat dia bahagia. aku dah melalut, sori im, aku selalu kacau ko nyer blog

     
  • At 6:25 PM, Anonymous pinkrose said…

    adakah kasih sayang yang diberi akan dibalas dengan kasih setulus hati? adakah teman setia akan membawa menuju bahagia? hurrmmmm....

     
  • At 8:46 PM, Anonymous im@ky said…

    kwn2,

    kebahagiaan tak boleh dipinta dari orang lain, ia mesti datang dan diusahakan dari dalam diri sendiri. kalau kita mengharapkan orang lain utk membahagiakan kita, selalunya kita akan kecewa. sayanglah orang yg anda ingin sayangi sepenuh hati, tapi jgnlah terlampau mengharap org itu akn menyayangimu sepertimana kamu menyayanginya.

     
  • At 3:13 PM, Anonymous Faco said…

    ketika satu pintu kebahagian tertutup, bersabarlah wahai insan; nescaya akan ada satu pintu kebahagiaan lain yg terbuka. biarpun ianya tidak sama seperti terdahulu, namun mungkin kebahagiaan yg benar2 dikau cari ada disitu.

    teringat pesan mama:
    "jangan terlalu memburu cinta nak! kerana ia dapat membutakan hatimu yang bersih, memabukkan fikiranmu yang waras; sehinggakan yang jelas dan nyata tidak kau fahami"....

    "sesungguhnya cinta itu sudah wujud buatmu, jodoh itu sudah tertulis buat mu dan kebahagiaan itu sudah menanti mu"....

    lepastu aku tak ingat lagi dah...aku dah tido ..heheh :P

     
  • At 12:51 PM, Anonymous Anonymous said…

    Im, aku setuju yg kebahagiaan kita kena usaha, dan salah satu usahanya ialah mohon dr Allah, kay.

     
  • At 4:12 AM, Anonymous atn said…

    i support Hana punya ending, biar brutal sikit. kalau tak cam citer usop haslam je

     
  • At 12:34 AM, Anonymous photollo said…

    sory,lmbt plak baca crita best mcm ni..ada org pkir pkai otak kiri,ada yg kanan dan ada kedua2 blah...terpulang la pd corak dorng berfikir..perasaan&emosi ni sgt indah..jgn kotorkan dgn igauwan imaginasi yg tak terbatas..berpijak la di bumi yang nyata..jgn ada salahkan lelaki egois,pompuan curang...sumer tu ada timbal balikan dgn apa tindakan yg telah dilakukan...tepuk dada tnya iman..selagi iman dan ketakwaan menyelimuti hati...kt tetap menemui jawapannya..

    ~~photollo~~

     
  • At 6:05 PM, Anonymous im@ky said…

    hehe...cayalah photollo

     
  • At 12:45 AM, Anonymous Anonymous said…

    Photo from my Best weekend in this year ! ! ! ( phentermine )
    Look it here :

    I and my Girl or My friends girl

     

Post a Comment

<< Home