this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Monday, August 01, 2005

1st Konvo


Berakhir sudah pesta konvo pertama KUTKM. Overall I think it was ok, though personally I think there's a lot of things left to be desired. Since yg 1st ni dihandle oleh staf K.U. instead of the students, I'd expect something more.....professional. Sebelum nak komen, aku nak puji dulu. Aku rasa pengisian program yg diatur spt. sukaneka, bolasepak 7-sebelah, bola jaring, extreme race, explorace dan sebagainya mmg menarik dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Tapi pengurusan dari segi perjalanan majlis agak kelam-kabut. Kesilapan paling ketara bagi aku adalah takde raptai majlis perasmian. Raptai tu sebenarnya dah dikira wajib dalam mana-mana majlis formal, apatah lagi majlis grand sebegini. Raptai dibuat supaya semua AJK dan mereka yang terlibat dapat gambaran ttg perjalanan majlis yg sebenar, VIP dok kat mana, apa dia kne buat, kelengkapan teknikal yg diperlukan, apa kesulitan yang mungkin timbul dan apa back-up plan utk mengatasinya. Bila tak buat raptai, AJK sumer jadi blank. Asal org tanya je, diorg kata, "Itu kena tanya En. ******. Saya tak tau." Yg En. ****** tu plak bila kena tanya, "Entah, itu nanti dulu." Nasib baiklah yang rasmikan tu rektor, bukan isteri TYT. Kalau aR-Ti-eM buat lintas langsung masuk Slmt Pagi Mesia lagi naya.

Mat Bung In Action
Dengarkanlaahhhh...panggilankuuuu...


Bebudak klas aku pn tidak ketinggalan memeriahkan pesta ni sambil menghiburkan diri sendiri. Mat Bung mencuba nasib dan mempertaruhkan bakatnya melalui pertandingan KUTKM Idol, membawakan lagu Suatu Masa. Dengan pembawaan penuh bersahaja, beliau telah berjaya menduduki tempat ke-6 dlm peringkat saringan. Yang sayangnya, mereka cuma memilih 5 orang untuk bertanding di peringkat akhir. Takpelah Bung, takde rezeki kali ni.

The Powerpuffs
Sweet Friends of Mine


Bdk2 perempuan bergabung tenaga membentuk pasukan The Powerpuff Girls yang bertanding dlm kejohanan bola jaring. Selepas mencatat keputusan cemerlang menyayur-kailan-ikan-masinkan pasukan lawan dalam saingan peringkat kumpulan, harapan utk aku merasa makan barbeku percuma hancur berkecai selepas mereka tewas tipis 6-5 pada perlawanan suku akhir. Namun, semangat juang itu sebenarnya yang lebih bernilai. Dan aku secara peribadi rasa tak adil bila ada satu team yg semuanya player kolej masuk bertanding. Ini bukan pertandingan profesional. Tak adillah org expert masuk kategori novice. Sepatutnya diorang ada syarat, misalnya satu team kena ada maksimum 2 player kolej saja @ kalau nk sgt, biar team kolej tu masuk kategori terbuka. But anyway, congrats girls!

Bbdk lelaki pn tak kurang hebatnya. Bbdk umah blkg telah membentuk pasukan Cekadak, dibarisi atlit-atlit spt Z, Jas, Zam, Redza, Tiong dan Sle yg bertanding dlm sukaneka iaitu bagi acara tarik upih dan lari dalam guni. Mereka berjaya memenangi tempat ke-3 dlm acara lari dlm guni. Terhibur sungguh aku tengok diorang beraksi.

si cilik
Gambar Hiasan


Lewat petang, ada pula yang menceburi sukan permotoran. Motor ala-ala moto GP tapi saiznya jauh lebih kecil, macam bawak basikal budak je. Actually, moto tu mmg utk bbdk pn, tapi org besar pn nk try xsalah. Tragedi melanda apabila seorang daripada sahabat aku terlibat dalam satu kemalangan akibat hilang kawalan sewaktu memecut di trek lurus. Mujur dia hanya mengalami luka ringan dan tidak perlu dikejarkan di hospital, cuma dikejarkan ke rumah sewanya sahaja. Dapatlah dia merasmikan ambulans kolej yg selama ni aku tak pernah tengok ianya digunakan pun.

Konsert? Aku tak pegi.

5 Comments:

  • At 11:57 PM, Anonymous crimsonskye said…

    sayur ikan masin tu expression lain tu utk belasah ke? hehe... pelik jugak konvo takde raptai... hurm. even masa kat sek dulu raptai hac buat sampai ntah brp kali... just hoping that next yr they won't make the same mistake again.

     
  • At 4:49 PM, Anonymous pinkRose said…

    hope our convo next year (insyaAllah) will be better than this...

     
  • At 12:14 AM, Anonymous Anonymous said…

    wei kiyai gambau aku mane?ni hangin satu badan....tak kire masukkan gak...kalo tak aku cabut tayar nabila ko...dah le die syok kat aku....ko baik2...

    yg benar,
    yg tak de dalam ni...

     
  • At 1:37 AM, Blogger Empty Heart said…

    Salam perkenalan ...Thank u for droppin by my blog ... thou yes,behind every cloud,there oughta be silver lining ...
    Anyway, tgk gambar-gambar uni ni sure makes one feels like 'akak ':)

     
  • At 6:06 PM, Anonymous im@ky said…

    thanks for the comments guys. utk anonymous, meh bg gmbr kt aku, aku masukkan meh.

     

Post a Comment

<< Home