this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Monday, August 29, 2005

Forwarded 2 Me


Sekadar nak kongsi dua kiriman e-mel yg aku terima.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......


~~~~~~~~~~~~~~~~~

LELAKI EGO KALAH AKHIRNYA

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luarbiasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasangmata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya...

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...". Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/S: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH.""

5 Comments:

  • At 3:16 PM, Anonymous pinkRose said…

    betul ky...kita kena tilik diri sendiri sebelum membuat penilaian ke atas org lain...semua manusia x sempurna, kita cuma mampu menerima seseorang dengan seada dirinya tanpa perlu meminta2...ky, nilai percaya sesama sendiri penting kan dlm sesuatu hubungan...?

     
  • At 2:42 AM, Anonymous imzadle said…

    yes, bg aku, mmg amat penting. especially in long-distance relationships, dugaannya byk. btul kn? tp kita hanya boleh cuba jaga hati kita, hati org kita tak boleh harapkan sgt...

     
  • At 5:54 PM, Anonymous Anonymous said…

    rasanya saya tak perlu jawab persoalan pasal rampas dan merampas,

     
  • At 12:34 PM, Blogger hana_kirana said…

    hmmm pernah gak baca emel ni, tapi dalam emel tu si isteri yang menyenaraikan kekurangan si suami... n vice versa

     
  • At 1:32 PM, Anonymous Anonymous said…

    Saya jawab persoalan rampas-merampas tue dlm sajak yg pertama, bukan tak menyinta apabila seorang lelaki berkahwin dua, ada hikmah di sebalik poligami. Saya sendiri wanita, tapi merelakan poligami. sebabnya kita kena berfikir kenapa poligami dibenarkan dlm Islam. Berfikir kita kena ada basis. Mungkin pedih menerima kenyataan tapi terimalah dengan hati yg terbuka. Tanya ustaz untuk penerangan lanjut

     

Post a Comment

<< Home