this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Sunday, August 21, 2005

Tentang Menghargai Cinta II


Lanjutan dari cerita ini

"Dia call kau Im?" Inkuirinya bersulam nada serius.
"Yup, a bit surprising ain't it?"
"Err...actually, not really. Dia tau."
"Tau?! Pasal?"
"Ko dgn aku. Dia tau aku rapat dgn kau lepas dia tinggalkan aku dulu tu. Dia jeles tau Im!"

Aku ketawa kecil. Serentak itu, terbit senyuman manis darinya, menyerlahkan seri wajahnya yang putih bersih itu dan menampakkan lekuk halus di bawah hujung bibirnya. Lesung pipit ke ni, aku berfikir sendirian. Aku rasa ada nama lain. Lesung pipit yang kat pipi tu. Yang kat bawah ni apa namanya ek?

"Agaknya dia fikir lain la tu. Maybe dia ingat aku couple dengan ko kot," aku meneruskan bicara.
"Hehe... I think so. Lantak dia la. Masa dia pegi kat pempuan tu, dia tak fikir pun hati aku ni terhiris ke koyak ke hancur ke. Dia tak kisah pun aku ni sihat ke sakit ke hidup ke mati ke...."

Memang aku tau dia terkilan. Biarkan. Setiap orang punyai rencah masing-masing yang mewarnai kehidupan. Ini rencah dia.

Perbualan terhenti seketika bila pelayan restoran datang membawa makanan yang kami pesan. Ok juga servis kat sini. Cepat.

"Chicken chop satu, fish and chips satu. Selamat menjamu selera buat encik dan isteri." Ewah!!! Penuh konfiden dia menuturkan kata. Selamba rock jer minah ni. Tergamam sejenak aku dan dia. "Isteri? Heheh...nampak cam suami isteri ke kitorang ni? Ooo...mungkin sebab dia nampak kitorang dtg dgn kereta yang agak berjenama kot. Kereta dia, bukan kereta aku. Aku tukang bawak aje. Setakat aku ni motor kapcai je la yg mampu pun. Atau mungkin ini petanda aku ni dah tua? Muahahaha... Aku tergelak lagi, tapi dalam hati aje la. Kami saling berpandangan.

"Terima kasih" kami membalas serentak sambil tersengih. Biarkan aje. Nak explain pun tak guna. Sambil menikmati hidangan lalu kami lanjutkan bicara tentang perkembangan hidup masing-masing. Biasalah sahabat lama, sekepala pulak tu, tak susah nak mencari modal berbual. Keakraban kami semenjak dulu lagi sering menyebabkan timbul curiga dan spekulasi di kalangan teman-teman, bahkan ada yang menyimpan anggapan yang bukan-bukan. Kitorang buat bodoh je. Alah, mulut orang bukannya kita boleh tutup. Makin difikirkan cakap orang, makin pening kepala nanti. Yang penting bakal suaminya tahu kitorang berjumpa. Dia bercerita tentang kerjayanya, tentang seorang staf lelaki yang asyik menghantar SMS berbaur kejiwangan padanya setiap hari. Aku bercerita tentang kolejku, tentang akreditasi, tentang staff library, tentang hajatku menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di luar negeri.

"Im, ada satu perkara yang aku belum bagitau kau" ujarnya perlahan sambil mencicip french friesnya.
"Hah, apa dia?"
"Pasal apa?"
"Future husband aku"
"Hah, naper?"
"Actually kan..." lambat-lambat dia menuturkan kata-kata. Kalau dia buat macam ni, aku tau mesti dia nak cakap benda yang aku tak suka.
"Actually.............................
.......................................
.......................................
.......................................
Aku bukan bakal isterinya yang pertama"

"Hah?" Tercengang aku. Spontan tangan yang sedang menyuap chips ke mulut terhenti. "Maksud kau, kau ni akan bermadulah?"
"Bukan, dia dah bercerai dengan isterinya yang pertama."
"Reason?"
"Tak ada kesesuaian"
"Ada anak?"
"Sorang. Nak masuk 2 tahun."
"Kenapa sekarang baru kau nak cakap pada aku?"
"Sebab aku takut kau marah Im" perlahan sahaja suaranya.
"Habis tu, kau ingat kau cakap sekarang aku tak marah?"

Dia diam sahaja. Pandangannya terpaku pada pinggannya. Seolah-olah indah sangat ukiran pada pinggan tu sampai dia tak mampu mengalihkan pandangan. Patutlah dia tak nak bercerita pada aku di telefon. Tapi melihatkan mukanya yang sayu tu aku tak jadi nak marah.

"Aku bukannya apa," aku menyambung bicara "Aku risau, takut kau dipermainkan lagi."
"Entahlah Im, tapi aku rasa dia jujur. Dia sayangkan aku, dia ambil berat pasal aku, dia pandai ambil hati aku..."
"Memanglah, sebab dia tak dapat kau lagi. Lagipun dia dah ada pengalaman." aku membantah.

Diam seketika.

"Kau yakin dia dah betul-betul bercerai? Entah-entah dia tipu."
"Kalau dia tipu aku pasrah je Im"
"Mana boleh main pasrah-pasrah cam gitu je. Carilah bukti. This is your life! Your future!" nadaku sedikit keras.

Diam lagi.

"Kalau betul pun, kenapa kau pilih dia? Kan ramai lelaki lain lagi?" Bukan seorang dua lelaki yang cuba mencuri hatinya.
"Sebab dia memahami aku. Dan kami senasib. Sama-sama membina hidup semula daripada kegagalan masa lalu. Cuma bezanya kegagalan aku berlaku sebelum ikatan perkahwinan dan kegagalan dia selepas. Itu sahaja."

Lama aku diam. Memikirkan entah apa pun aku tak tau. Sehingga habis makan dan sehingga perjalanan pulang. Akhirnya sebelum turun dari kereta aku bersuara kembali "Terpulanglah, buatlah apa yang terbaik utk kau. Cuma aku pesan siasatlah dulu latarbelakangnya sedikit. Ada masa lagi. Dia mesti tulus dan jujur. Kalau tak dia tak layak memiliki kau. Kau fikirkanlah cakap aku ni baik-baik."

Perlahan aku keluar dan menutup pintu kereta. Aku berdiri sambil melihat keretanya menderu sehingga hilang dari pandangan.

~~~~~~~~~~~~~~~


Hidup ini memang penuh dengan soalan yang tiada jawapan......

7 Comments:

  • At 9:58 AM, Blogger hana_kirana said…

    Do i know her?

     
  • At 8:11 PM, Blogger imzadle said…

    i don't think so. but i hv this distinct feeling that ada kawan kite berdua yg mengalami nasib yg sama. ada ke?

     
  • At 11:37 PM, Anonymous crimsonskye said…

    alamak.. serius mcm drama dlm tv.. but yeah, truth is stranger than fiction...

     
  • At 6:36 PM, Anonymous pinkRose said…

    huurmmmmmm.....

     
  • At 9:40 PM, Anonymous Anonymous said…

    berfikir secara rasional, tarik nafas dan minta pertolongan Allah. Apa yang kita rancang tak semestinya terjadi seperti yang dirancang, jadi bila istikharah telah dibuat andai terjadi sesuatu yang tidak diingini redhalah. Ada sesuatu yang tersembunyi, setiap ujian samada mendekatkan atau menjauhkan kita dari Maha Pencipta......berfikir dengan ilmu

     
  • At 1:30 PM, Anonymous Anonymous said…

    Buat sang puteri, banyak masalah akan datang selepas ini bila sang duda jadik pilihan. Jadi bila keputusan telah dibuat, bila ada masalah hadap, saya belajar dari pengalaman kakak saya yg ada 4 org anak instant. Tapi mungkin cerita awak berbeza, so tabahkan hatimu dengan harapan keputusan yang dibuat bukan kerana dendam pada insan yang pernah melukakan....faham ker....

     
  • At 3:44 PM, Blogger adleenda said…

    org kata chenta itu BUTA.. buta mata?? tak jugak.. buta pertimbangan?? hmm.. ada kemungkinan

     

Post a Comment

<< Home