this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Monday, September 12, 2005

Aku Dan Buku


Aku bukan nerd. Bukan juga ulat buku. Aku tak habiskan seharian masa aku mengadap buku atau menelaah pelajaran. Eh, apa plak tipu?! Betul! Aku tak tipu! Tanya rumet aku. Tanya hausmet aku. Cuma taim kena study, aku study la. Itu aje. Tapi aku suka lepak kat kedai buku. Kalau aku keluar berjalan-jalan dengan hausmet, aku kurang gemar aktiviti 'membeli-belah tingkap' ni. Aku suka direct to the point, kalau nak beli barang, straight pegi tempat/kedainya, compare skit2, kalau berkenan trus beli. Kalau nak membelek-belek baju, kasut dan sebagainya tanpa niat membeli aku cepat bosan. Apatah lagi kalau ditambah dengan suasana hiruk-pikuk tatkala orang tengah ramai, memang mudah merimaskan aku. Tapi kalau kau campak aku kat kedai buku, aku boleh spend 2-3 jam membelek buku je.


Kenapa ye? Entahlah, bagi aku dunia buku ni unik dan menarik. Penuh dengan bermacam cerita, ditulis dengan berbagai bentuk pengolahan dan disusun pula dengan lenggok bahasa yang berbeza-beza, mengikut irama jiwa penulisnya. Kadang2 satu cerita yang sama, bila diolah penulisannya, boleh memberi perspektif dan pemahaman dari sudut berbeza pula. Cuma makalah hiburan aku kurang minat, walaupun sekali-sekala aku baca juga. Sekadar nak keep up to date, takdelah melangut kalau orang bercerita tentang artis baru atau lagu yang best-best. Tapi kalau sampai nak tau artis ni suka makan apa, masa skolah dulu bcinta dgn sapa, bulan lepas dia tido mimpi apa, masa kecik2 dulu penah berjahit sebab jatuh masa main polis sentri... I mean c'mon man! Surely there's more to life than that. Hidup kita masing-masing sudah cukup indah dan berwarna-warni untuk kita hargai daripada terlampau mengambil kira tentang sejarah hidup orang lain.


Guruku pernah berpesan satu ketika dulu,

"Andai kamu lewat berjalan-jalan di kedai buku dan tiba-tiba hatimu tertarik kepada sebuah buku, beli sahaja. Mungkin kamu tak baca pun pada mulanya, tapi mungkin juga satu hari nanti akan tergerak hati kamu membacanya dan kamu akan menjumpai sesuatu yang memang kamu perlu tahu yang rupa-rupanya ada dalam buku itu."

Aku jengah koleksi buku yang aku dah beli, this is among the few worth mentioning:


1. Sirah Nabawiyah, insan teladan sepanjang zaman - Tuan Gu*ru Nik Az*iz

2. Falsafah Hidup - Prof Dr. Hamka
3. Ikut Hati Anda (Follow Your Heart) - Andrew Matthews, diterjemahkan oleh Adibah Amin
4. Wang, Panduan CAP mengenai cara mengurusnya dan lain-lain - CAP
5. Ombak Rindu - Fauziah Ansari
6. Lord of The Rings Trilogy Book - J.R.R. Tolkien

Buku 1 cukup unik kerana ia mengungkap sejarah baginda Rasulullah S.A.W dalam suatu bentuk agar kita mudah memahami hikmah dan tujuan di sebalik berlakunya sesuatu perkara dan bukan menghafal faktanya semata-mata. Buku 2 & 3 menghurai tentang cara kita menilai, mengharungi dan menghargai hidup serta mencari erti kebahagiaan hidup yang sejati. Thanks Nana sebab memperkenalkan aku pada Buku 2. Memang menyentuh jiwa bila membacanya. Buku 4 ialah tentang...err apalagi pengurusan duitlah. Buku 5 sengaja aku beli. Ada kawan perempuan yg bagitau aku novel ni best sgt, jadi teringin juga aku nak menyelami isihati perempuan ni. Ternyata penulisannya tak mengecewakan dan sangat menarik. Buku 6 pula buku yg dh aku beli selepas keluar movie Part One lagi. Novel fiksyen yg membuai khayalan, tak hairanlah ia menduduki carta teratas dalam
Top 100 Books of the 20th Century.

Apa pula buku kegemaran anda?

12 Comments:

  • At 8:46 AM, Anonymous Anonymous said…

    This comment has been removed by a blog administrator.

     
  • At 2:41 PM, Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said…

    hobi kita samala....
    kalau masuk jer kedai buku
    aku mesti akan beli buku punya
    mostly novel....

    kalau komik lagi la....
    aku rasa kalau aku buka kedai komik pon boleh.....

    hhehehehhe......

     
  • At 5:24 PM, Blogger adleenda said…

    macik pon suka buku esp. buku citer laa.. heheh.. macik suka norhayati berahim nyer novel. best. setakat yg macik baca, tak mengecewakan laa.. heheh happy ending story. tp, ada satu buku broker angin author mishar pon best gak ( this is my personal opinion) sbb dia suruh kita berfikir.. kat dlm tu dia ckp org melayu ni suka nak senang, tp malas..

    hmm... kalo pk ada betul nyer. sbb macik pon malas jugakk.. aiiyyakkk. minggu ni ada test lagi laa pacik ky. canner ni?? buku teks malas nak baca banding ngan buku citer.. apo nak dikatoooo

     
  • At 6:19 PM, Anonymous susana said…

    bila korang dah kerja nanti barulah rasa keseronokan study, so, study eeelok yer nak...hahaha

     
  • At 2:07 PM, Anonymous RS said…

    tak minat membaca buku, tapi suka belikan buku utk orang.. hehehe.. ok ke camtu?! ada jgk beli buku utk diri sendiri, but then tak sempat2 lagi nak baca.. but i do love magazine especially those digital gadget mag. well..depends on individual. tak semestinya kena membaca baru dpt ilmu.. internet & news pun ok jgk.. ye tak?!

     
  • At 3:22 PM, Blogger sHa shinizzle said…

    dulu penah obsessed ngan bacer novel nih (my ex is a fan) so mcm terikut2 jugak aa

    ombak rindu ek? bess
    my fave author - aisya sofea. pandai main ngan emotion sampai menpsychokan reader, hehehe

    harry potter pon bess jugak

    butmy fave? the alchemist ngan the little prince

     
  • At 7:21 PM, Blogger imzadle said…

    dzaq: klau hype & utopia tu aku layan gak. komik kurang sket. novel aku lebih prefer novel inggeris. tp aku plg suka self-motivation & psychology books.

    makcik: stkt ni novel norhayati berahim aku cuma dah baca cinta pertama je. yg lain lum lg.

    susana: :-) ... cik susana takde blog? kalau ada boleh saya datang bertandang nanti.

    rs: mmg btul, kalau bg sy masa nk ngadap nota kuliah. klau dh malas sgt, sy suh kawan yg dh baca tlg summarizekan jer :p

    sha: aisya sofea dan j.k rowling, novelnya belum ada yang saya baca lagi. best ker harry potter? bkn novel utk bdk2 ker? the alchemist tu plak cte apa? cm best jer...

     
  • At 10:00 PM, Anonymous pycnogenol said…

    Why was the first comment deleted? Just wondering......

     
  • At 1:30 AM, Blogger imzadle said…

    it was deleted because it was a comment spam from 'conneticut home equity loan'. comment spams pisses me off!

     
  • At 11:52 AM, Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said…

    hehhe.....
    aku layan jer semua komik/novel

    english/malay/manga

    satu jer aku tak terjebak lagi.....
    kreko....

     
  • At 12:56 AM, Blogger hana_kirana said…

    Ramlee Awang Murshid's novels kebanyakannya best.

    Ombak Rindu? mm, best. dah ada sambungan pun. tapi tak ingat tajuk dia apa.

     
  • At 11:14 AM, Anonymous Anonymous said…

    bacalah buku azizi ali. Org yg dlm bidang hartanah pun jadikan buku dia sebagai rujukan. rege lebih kurang 30 ke 50, Pasal arrange duit.....

     

Post a Comment

<< Home