this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, October 28, 2005

Tujuh


Updated!

Caner la aku bleh tak terprasan. AMOY! Ko pn kena tag jugak!



Inilah dia aku punya ciri-ciri ketujuhan pulak, selepas ditag oleh Seorang Awek Yg Hidupnya Sungguh Buhsan.

7 perkara yg aku nak buat sebelum mati

1. Buat mak abah aku hepi.
2. Mengajar orang lain suatu ilmu yang berguna yang dia boleh amalkan nnt.
3. Kahwin empat. Dengan gadis-gadis yg boleh menyayangi dan menerima aku seadanya. Huahuahua.
4. Hidup sederhana tapi selesa. Aku tak impikan harta berkoyan-koyan, cukuplah kalau aku ada keta sebijik, umah sebijik dan duit simpanan untuk cover keluarga aku bila aku takde. (Tapi kira banyak jugaklah tu ek? Hehe...)
5. Selesaikan suma hutang-hutang aku.
6. Belajar bahasa Arab, Cina, Jepun, Korea dan Sepanyol. Sajer jer list byk2, tapi kalau dpt satu pun dah kira ok.
7. Naik kapalterbang. Serius, dah lama dah aku bercita-cita nak naik kapalterbang, tapi sampai skrg tak pernah naik lagi.


7 benda yang paling aku tak boleh buat

1. Pastikan katil, loker dan meja study aku kemas dan tersusun. Kalau aku kemas pun paling lama ia akan bertahan ialah 24 jam. Pastu abis berterabur balik.
2. Buat kerja awal. Aku dah try. Tak boleh. Kalau kerja diberi seminggu ker, sebulan ker sblm dateline, sehari sblm dan/atau hari dateline tu jugak baru aku pulun gila-gila. Teruk ek?
3. Buat selamba kalau ada lalat hinggap kat anggota badan aku. Kena plak lalat degil, dah halau datang balik. Huh..hangin aku.
4. Direct selling. Nak suh aku cari downline la, suh org beli barang yg diorg taknak la. Huh...mintak maap.
5. Paksa aku buat benda yg aku taknak atau ketika aku mmg teramat takde mood nak buat. Kalau aku buat jugak, janganlah diharap ada unsur-unsur kualiti pada hasil kerja aku tu.
6. Buat keja tanpa tidur. Kalau dah nak tidur tu tidur jer.
7. Basuh baju pakai tangan. Teramatlah aku tak sukanya. Hanya dilakukan jika aku dah mmg abis stok seluar baju nak dipakai dan tak dapat cari mesin basuh.


7 perkara yg buat aku tertarik pd perempuan

1. Aku suka pempuan pakai spek. Suka giler.
2. Comel. Cun bagi aku adalah comel. Dan comel bagi aku adalah cun.
3. Cantik/manis dipandang tanpa mekap. Sebab ada pempuan lawa sbb mekap kan? Make-up is artificial beauty la beb. Konsep aku boleh dinyatakan dgn rumus matematik berikut:

tc ∝ 1/ tm
di mana tc = tahap kecunan
tm = tebal mekap

4. Manja. Tapi bukan jenis mengada-ngada, merengek-rengek, terkuit-kuit, tergedik-gedik punya spesies. Manja yg aku maksudkan ialah manja semulajadi, spontan dan bukan dibuat-buat.
5. Sopan dan merendah diri ala-ala perempuan Melayu terakhir. Aku suka tgk pempuan yg bersifat rendah diri walaupun mmg dia lawa.
6. Mempunyai cara berfikir yang lebih kurang sama dgn aku.
7. Pandai memasak (Perhatian: Pandai memasak air, nasi, telur dan maggi tak termasuk dalam kategori ni. Kelulusan minimum: Boleh menyediakan hidangan lengkap makanan tengahari)


7 benda yang aku selalu cakap

1. Ya ke?
2. Haduuuhhh...
3. Ooooo..faham, faham.
4. Huh..mentol.
5. Gi dlu gi dlu. (Pegi dulu pegi dulu)
6. Kau dah gila ker?
7. Hilang akal apa?


7 selebriti yg aku penah terminat

1. Amy Mastura. Kecomelan dan kemanjaan dia mmg menggugat jiwa raga.
2. Siti Nurhaliza. Dulu la, skrg tak dahhhhh...
3. Dian Sastrowardoyo. Chumel siot minah tu! Aku tgk AADC tu ada dkt 20x rasanya. Waduh, waduhh... Wirda Waduusss.
4. Fauziah Latiff. Sampai dah anak 2 (ke lebih?) ni aku still rasa dia cun lagi.
5. Norjuma Habib Mohamed. Huhuhu...:p
6. Fifi rancangan Bersamamu TV3.
7. Intan Azura. Pelakon drama n bekas pengacara KFC Kids Hour tu.

Ironiknya, 7-7 selebriti ni sume tak pakai spek.


7 orang yang kena tag

Nak tag sapa ek? Ah hentam. Korang nk buat, buat. Tak nak pun tak kisah.

1. PinkRose
2. Cidah
3. Facomind
4. DhinAkibe

dan sesapa yg berminatlah. Aku tak tau nak tag sapa dah.



SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA. ENJOY THE HOLIDAYS!


Saturday, October 22, 2005

Tentang Menghargai Cinta III


Caner ko skrg? Projek suma ok?

Ok. Projek anta draf next week. Aku stat exam 9/11. Abis 23. Pastu hmm.. pepaham la. Cari keje la jawabnya.
Hmm...oklah tu. Result pn ok kan? Boleh tuu...
Heheh..tak tentu gak. Tengoklah. Ko plak? Caner persiapan dah nak kawin ni?
Aduhh...Ko ni takde soalan lain ker? Cubalah tanya soalan yang memeras minda skit...
Oklah. Pada pendapat kau apakah impak kejadian gempa bumi di Pakistan akan memburukkan lagi hubungan antara negara tersebut dengan India?
Apa kau mengarut ni?
Laa...tadi kan suruh tanya soalan memeras minda?
Oh, camtu ker? Eheheh...
Hehe. Ha, soalan sblm tu tadi nak jawab ker tak?
Persiapan ok jer. Biasa.
Aik...cam tak seronok jer nak kawin?
.....Ntah la Im.
Kenapa ni? Anything wrong?
.....(pause) Takdelah.
Well, he's a lucky man to have a girl like you. Cantik, bijak, sopan.
Ah..yelah tu. Sapa yg dapat ko esok pun bertuah tau!
Apa plak?! Rugi tau sapa dapat aku. Lagipun, sapalah aku nak diminat orang, harta takde, rupa pun kurang.
....(dia pause, lama) Sebenarnya kan, dah lama benda ni aku simpan. So, hari ni biarlah aku berterus-terang ek. Aku selama ni memang tunggu kau. Dari dulu lagi. Dari start aku kenal ko. Dari start kita kena gosip. Dari dulu lagi.
Erk....(aku plak terkasima, lama giler). Kenapa tak pernah cakap?
Aku pempuan la Im. Takkan aku nak cakap. Malulah aku. Tapi selagi aku tak luahkan, hati aku takkan puas. So dahlah ek, mulai hari ni aku nak declare dalam hati aku yang ko ni cuma kawan baik aku. Dah.
....................................................................................



Thursday, October 20, 2005

Janji Meme Utk Nana


Janji. Memang mudah melafaz, tapi melaksanakannya belum tentu. Tapi aku tak boleh camtu. Aku dah janji. Maka hari ini aku tunaikan.

20 tahun lalu, 1985 (7 tahun)
-Peha koyak terkena kawat duri masa main-main dgn jiran sebelah. Kena jahit. Masa tu nangis kuat tak hengat, sebab belum diajar dan diterapkan dengan nilai-nilai kontrol macho lagi.
-Hutang 10 sen dgn aci bini drebar bas sekolah aku sbb nak beli kacang yg dia jual dlm bas tapi takde duit. Sampai skrg tak bayar lagi. Harap-harap dia halalkan.
-Pelajar yg sgt perasan baik dan berbudi-bahasa.

15 tahun lalu, 1990 (12 tahun)
- Digosipkan dengan sorang budak bernama Ros di sekolah.(Takde kena mengena dgn Ros klasmet aku skrg, harap maklum)
- Pencapaian yang agak ok di sekolah.
- Hujung tahun dapat tawaran masuk Sekolah Melayu Jalan Stesen.* Hepi siyot. Ingatkan kat sana sume nerd-nerd, pakai spek tebal-tebal. Jauh panggang dari api. Minggu pertama dah kena ragging.

10 tahun lalu, 1995 (17 tahun)
-Tingkatan Lima. Dah jadi otai la kengkununnya kat skolah. Perasan tera, perasan hensem, perasan macho dan segala macam perasan yang ntah hapa-hapa lagi. Slalu fly, gi bandar, pernah juga tgk midnight kt panggung wayang rex yg ada kt pekan, gi beli makan kat cik nah cik ni** atau melepak bersama kengkawan. Namun, berkat muka yang innocent serta ayat manis berperisa sirap ros, meskipun pernah beberapa kali kantoi dengan warden, tak pernah dikenakan sebarang hukuman berat.
-Dilantik kapten pasukan bola tampar sekolah untuk kejohanan sbp peringkat zon utara dan peringkat sbp seluruh negara. Itulah pengiktirafan paling best yg penah aku rasa di zaman sekolah.

5 tahun lalu, 2000 (22 tahun)
-Selamat menjalani ujian sijil rendah persilatan seni mempertahankan diri yang aku pelajari. Dapat saguhati la tapi, bibir pecah dan kena sepak tanpa belas kasihannya dekat **tuuut**. Itulah, time training main-main. Nasib baik dapat juga ditangkis. Tapi memang kenangan yang best.


Tahun ni, 2005 (27 tahun)
-Bakal menamatkan pengajian dalam bidang ijazah kejuruteraan elektrik.
-Kembali melibatkan diri dengan seni mempertahankan diriku yang best itu.
-Banyak kenangan manis yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Tahun depan, 2006 (28 tahun)
-Nak sambung belajar di peringkat sarjana (ke Jerman mungkin?) dan jadi pensyarah.
-Nak beli kereta.
-Nak bertunang(???) Tu pun kot ada org yg nak la. Taktaulah kan, muka tak hensem, ada harta pun motor sebijik, itupun dah kena curik. Huhuhu....
-Nak tunaikan impian dan harapan mak dan abah. Bukan yang bertunang tu yer....

5 tahun lagi, 2010 (32 tahun)
-Dr Im insyaAllah
-Karier dan kewangan yang stabil.
-Berkeluarga, anak dalam 2 orang ker...
-Seorang suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri dan anak-anaknya.

10 tahun lagi, 2015 (37 tahun)
-Prof Dr Im insyaAllah
-Karier dan kewangan yang bertambah-tambah stabil.
-Anak dalam 10 orang ok kot.
-Seorang suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri-isteri dan anak-anaknya. :-p

*nama asal sekolah aku sebelum jepun memerintah tanah melayu.
**cik nah cik ni - sebuah kedai makanan yg cukup faymes time aku skolah dulu.


Oklah ni Nana ek?
Sunday, October 16, 2005

Awek Aku Diculik!


Aku sungguh tak sangka, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, tatkala syaitan semua ditangkap dan dibelenggu sebagai rahmat Allah pada umat Nabi Muhammad s.a.w, ada pulak golongan manusia yang seolah-olah sanggup mengofferkan diri untuk mengganti tempat syaitan tu. Ataupun diorang ni dah memang dari dulu lagi bertaraf syaitan bertopengkan manusia. Apa nak jadi dengan diorang ni?

Malam semalam aku terawih macam biasa. Dengan rumet, aku menaiki NaBiLa kesayanganku itu ke masjid. Aku parking kat tempat biasa belakang masjid. Aku lock handle dan terus masuk ke dalam. Usai terawih, tatkala aku dan rumet hendak mengorak langkah pulang, kami terkejut. NaBiLa takde di tempatnya!!! Aku blank seminit. Aku pandang kiri dan kanan, aku tanya rumet aku, "Eh aku parking kat mana tadi?" "Sinilah!" dia menjawab. Sah! NaBiLa aku dah kena kebas! Aku sambung blank seminit lagi. Antara percaya dengan tak. Antara alam realiti dan ilusi. Tarik nafas. Lepas. Aku cari port duduk. Kalau tak silap aku ada hadis kata kalau kita tengah marah time berdiri, kita duduk. Kalau kita marah time duduk, kita baring.

Sedang aku nak duduk tu, tetiba aku disapa oleh dekan aku yang kebetulan parking keretanya berhampiran area itu juga. Lalu kuadukan perkara yang berlaku itu kepadanya. Terus dia bawa aku berjumpa AJK masjid dan menceritakan pula masalah itu padanya. Tapi dia kata tak banyak yang dia boleh tolong. Repot polis je la. Dia kata motor bilal pun dah kena curi aritu.

Maka setelah dekan sudi menghantar aku balik (rumet aku tumpang motor member aku yang lain), aku mengajak sorang lagi hausmet aku pegi buat laporan polis. Terkejut pegawai kat balai polis tu bila aku buat laporan. Salah seorangnya cakap, "Laa...semalam baru ada satu motor hilang kat situ!" Ak'e'nan!! Apa nak jadi laa...

Bayangkan la, dah la bulan puasa, time terawih, dekat masjid pulak tu! Tergamak penyangak tu buat kerja-kerja camtu. Memang hati dah kering habis la tu. Tak ingat Allah dah. Diorang mesti tak belajar, harta tu, kalau tak berkat, takkan melekat. Dan yang paling sedihnya dah tentulah yang buat tu tak lain dan tak bukan orang yang sebangsa dan seagama dengan aku! Manader budak cina, mamat bangla atau pun brader nepal nak pegi lepak kat masjid buat keje2 macam tu. Sabar jelah kan? Sabar pun sabar jugak, tapi kalau ditakdirkan mamat @mamat-mamat tu terkantoi la dengan aku, puasa tak puasa, memang aku belasah on the spot. Orang buduh peringkat ke-18 macam tu memang patut diajar!


Sedih la. NaBiLa dah banyak berjasa pada aku. Setia menemani dan membawa aku ke mana sahaja diperlukan. Dan dia tak banyak kerenah. Sikit pun tak sama dengan N, bekas awek aku dulu yang hampeh! Pendek kata, kalau motor aku tu boleh bertukar menjadi perempuan, dah lama dah aku kawin dgn dia. Meskipun tipis, aku masih berharap agar NaBiLa dijumpai kembali dengan keadaan baik. Tapi kalau tak pun, insyaAllah aku redha. Mesti Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, sebab itu Dia uji aku camni.

Buat kawan-kawan semua yang ada transport sendiri, berhati-hatilah ye. Setau aku, sejahat-jahat orang dulu-dulu, kalau nak buat maksiat kat rumah Allah pun takut lagi. Sekarang takde kira dah.




Motorku Yang Dikebas

Saturday, October 15, 2005

Ayam Kambing Beg


Teringatlah aku akan satu cerita humor yang pernah disampaikan kepada aku. Ceritanya lebih kurang begini : (Just for jokes tau. Jangan kaitkan blog aku dgn unsur-unsur politik plak lepas ni).

Datuk Seri Sa*my Ve*llu telah mengambil seorang setiausaha baru di pejabatnya untuk membantu menguruskan urusan rasminya, menggantikan setiausaha lamanya yang akan berhenti. Maka gigihlah si setiausaha ni belajar selok-belok urusan pejabat dari seniornya itu tadi. Satu ketika, datuk tersebut ke luar negara atas urusan kerajaan. Genap seminggu, sampailah kiriman fax kepada setiausaha baru itu tadi. Dalam fax tersebut, ada 3 gambar, gambar ayam, kambing dan beg sekolah, seterusnya tandatangan datuk berkenaan. Maka setiausaha itu pun dilandalah kekonfiusan di atas kiriman gambar tersebut. Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh datuk itu kepadanya? Setelah 1/2 hari berfikir, akhirnya dia pun menunjukkan gambar tersebut kepada seniornya itu tadi.

"Oh, dia suruh kau buat persiapan, sebab dia akan balik tak lama lagi" Spontan dan penuh konfiden kakak tu jawab.
"Eh, camner akak tau ni?"
Sambil tersengih akak tu menjawab "Sebab, cara baca mesej ini ialah (dengan slang Tamil) I AM COMING BACK!"

Hehe.

Aku dah kembali. Selepas menghiatuskan diri. Urusan yang menyerabutkan medula oblongata aku dah dilepasi satu per satu. Alhamdulillah, dalam banyak hal, walaupun ada cabarannya, Allah mudahkan dan beri kekuatan. Tinggal satu jer lagi, presentation projek aku dgn panel 19hb ni. Smlm present dgn supervisor, nmpk dia puas hati walaupun still kena modify a few things.

Nantilah aku mencoret lagi.