this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Sunday, October 16, 2005

Awek Aku Diculik!


Aku sungguh tak sangka, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, tatkala syaitan semua ditangkap dan dibelenggu sebagai rahmat Allah pada umat Nabi Muhammad s.a.w, ada pulak golongan manusia yang seolah-olah sanggup mengofferkan diri untuk mengganti tempat syaitan tu. Ataupun diorang ni dah memang dari dulu lagi bertaraf syaitan bertopengkan manusia. Apa nak jadi dengan diorang ni?

Malam semalam aku terawih macam biasa. Dengan rumet, aku menaiki NaBiLa kesayanganku itu ke masjid. Aku parking kat tempat biasa belakang masjid. Aku lock handle dan terus masuk ke dalam. Usai terawih, tatkala aku dan rumet hendak mengorak langkah pulang, kami terkejut. NaBiLa takde di tempatnya!!! Aku blank seminit. Aku pandang kiri dan kanan, aku tanya rumet aku, "Eh aku parking kat mana tadi?" "Sinilah!" dia menjawab. Sah! NaBiLa aku dah kena kebas! Aku sambung blank seminit lagi. Antara percaya dengan tak. Antara alam realiti dan ilusi. Tarik nafas. Lepas. Aku cari port duduk. Kalau tak silap aku ada hadis kata kalau kita tengah marah time berdiri, kita duduk. Kalau kita marah time duduk, kita baring.

Sedang aku nak duduk tu, tetiba aku disapa oleh dekan aku yang kebetulan parking keretanya berhampiran area itu juga. Lalu kuadukan perkara yang berlaku itu kepadanya. Terus dia bawa aku berjumpa AJK masjid dan menceritakan pula masalah itu padanya. Tapi dia kata tak banyak yang dia boleh tolong. Repot polis je la. Dia kata motor bilal pun dah kena curi aritu.

Maka setelah dekan sudi menghantar aku balik (rumet aku tumpang motor member aku yang lain), aku mengajak sorang lagi hausmet aku pegi buat laporan polis. Terkejut pegawai kat balai polis tu bila aku buat laporan. Salah seorangnya cakap, "Laa...semalam baru ada satu motor hilang kat situ!" Ak'e'nan!! Apa nak jadi laa...

Bayangkan la, dah la bulan puasa, time terawih, dekat masjid pulak tu! Tergamak penyangak tu buat kerja-kerja camtu. Memang hati dah kering habis la tu. Tak ingat Allah dah. Diorang mesti tak belajar, harta tu, kalau tak berkat, takkan melekat. Dan yang paling sedihnya dah tentulah yang buat tu tak lain dan tak bukan orang yang sebangsa dan seagama dengan aku! Manader budak cina, mamat bangla atau pun brader nepal nak pegi lepak kat masjid buat keje2 macam tu. Sabar jelah kan? Sabar pun sabar jugak, tapi kalau ditakdirkan mamat @mamat-mamat tu terkantoi la dengan aku, puasa tak puasa, memang aku belasah on the spot. Orang buduh peringkat ke-18 macam tu memang patut diajar!


Sedih la. NaBiLa dah banyak berjasa pada aku. Setia menemani dan membawa aku ke mana sahaja diperlukan. Dan dia tak banyak kerenah. Sikit pun tak sama dengan N, bekas awek aku dulu yang hampeh! Pendek kata, kalau motor aku tu boleh bertukar menjadi perempuan, dah lama dah aku kawin dgn dia. Meskipun tipis, aku masih berharap agar NaBiLa dijumpai kembali dengan keadaan baik. Tapi kalau tak pun, insyaAllah aku redha. Mesti Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, sebab itu Dia uji aku camni.

Buat kawan-kawan semua yang ada transport sendiri, berhati-hatilah ye. Setau aku, sejahat-jahat orang dulu-dulu, kalau nak buat maksiat kat rumah Allah pun takut lagi. Sekarang takde kira dah.




Motorku Yang Dikebas

9 Comments:

  • At 5:23 PM, Blogger sue said…

    ish ish...kesiannyer...aper nk jadik lah org2 zaman skang nie..mushkil tul...

    sabar yerk!
    maybe, itutnadanyer die nk suruh ko tukar pakai keta plak kut..hheheh =)

     
  • At 10:19 PM, Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said…

    sabar....
    mungkin lepas nie ada rezeki beli kereta plak

     
  • At 11:46 PM, Anonymous pycnogenol said…

    I'm so sorry to hear that, and why has it to happen in Ramadhan, whilst you're performing your Terawikh at the mosque some more???

    Banyak-banyak bersabar ye. Tentu sekali besar dan berlipat kali ganda ganjaran nya apabila kita boleh bersabar dan redha dengan segala ketetapanNYA.

    Banyak-kan lah berdoa. Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu tiada pendinding nya....apa lagi di bulan penuh mulia ini. Take care my friend....

     
  • At 9:33 AM, Blogger hana_kirana said…

    ouch.

    sabar.. macam kata Sue, mungkin Abg Ky akan pakai kereta pulak lepas ni....

     
  • At 2:11 PM, Anonymous crimsonskye said…

    dugaan sungguh. dan Allah uji org2 yg Dia sayang kan...

    insyaAllah ada hikmah dan ganjaran behind all this.

    moga2 jumpa balik, ataupun dimurahkan rezeki dapat yang lebih baik.

     
  • At 1:04 AM, Blogger sHa shinizzle said…

    huhuhu
    aku ari tue pon kene gaks. well eceli kwn aku yg kene, tp brg tue aku kasik kat member aku yg telah meminjamkan mp3 player tue kat member aku yg kene cilok brg tue. huhuhu. kat lebri.

    siot jerk
    dah aa taim posa
    taim final exam plaks tue
    nk mintak suh fail peksa la tue

     
  • At 6:28 PM, Anonymous im@ky said…

    sue, dzaq n nana : aminnn...

    pyc: thanks bro

    crimsonskye: hopefully I'm one of thos yg Allah sayang la.

    sha: tu la aku cakap. org jahat skrg manade cover-cover dah. bln pose pn jalan. xtau arr..

     
  • At 9:05 PM, Anonymous Arie said…

    sorry 4ur lost...insyaAllah mudah2an dipermudahkan urusan lain...

     
  • At 12:35 PM, Anonymous pinkRose said…

    ky, i've told everything directly to u...n hayatilah kata2 dlm sms yg aku send aritu...

     

Post a Comment

<< Home