this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Thursday, October 20, 2005

Janji Meme Utk Nana


Janji. Memang mudah melafaz, tapi melaksanakannya belum tentu. Tapi aku tak boleh camtu. Aku dah janji. Maka hari ini aku tunaikan.

20 tahun lalu, 1985 (7 tahun)
-Peha koyak terkena kawat duri masa main-main dgn jiran sebelah. Kena jahit. Masa tu nangis kuat tak hengat, sebab belum diajar dan diterapkan dengan nilai-nilai kontrol macho lagi.
-Hutang 10 sen dgn aci bini drebar bas sekolah aku sbb nak beli kacang yg dia jual dlm bas tapi takde duit. Sampai skrg tak bayar lagi. Harap-harap dia halalkan.
-Pelajar yg sgt perasan baik dan berbudi-bahasa.

15 tahun lalu, 1990 (12 tahun)
- Digosipkan dengan sorang budak bernama Ros di sekolah.(Takde kena mengena dgn Ros klasmet aku skrg, harap maklum)
- Pencapaian yang agak ok di sekolah.
- Hujung tahun dapat tawaran masuk Sekolah Melayu Jalan Stesen.* Hepi siyot. Ingatkan kat sana sume nerd-nerd, pakai spek tebal-tebal. Jauh panggang dari api. Minggu pertama dah kena ragging.

10 tahun lalu, 1995 (17 tahun)
-Tingkatan Lima. Dah jadi otai la kengkununnya kat skolah. Perasan tera, perasan hensem, perasan macho dan segala macam perasan yang ntah hapa-hapa lagi. Slalu fly, gi bandar, pernah juga tgk midnight kt panggung wayang rex yg ada kt pekan, gi beli makan kat cik nah cik ni** atau melepak bersama kengkawan. Namun, berkat muka yang innocent serta ayat manis berperisa sirap ros, meskipun pernah beberapa kali kantoi dengan warden, tak pernah dikenakan sebarang hukuman berat.
-Dilantik kapten pasukan bola tampar sekolah untuk kejohanan sbp peringkat zon utara dan peringkat sbp seluruh negara. Itulah pengiktirafan paling best yg penah aku rasa di zaman sekolah.

5 tahun lalu, 2000 (22 tahun)
-Selamat menjalani ujian sijil rendah persilatan seni mempertahankan diri yang aku pelajari. Dapat saguhati la tapi, bibir pecah dan kena sepak tanpa belas kasihannya dekat **tuuut**. Itulah, time training main-main. Nasib baik dapat juga ditangkis. Tapi memang kenangan yang best.


Tahun ni, 2005 (27 tahun)
-Bakal menamatkan pengajian dalam bidang ijazah kejuruteraan elektrik.
-Kembali melibatkan diri dengan seni mempertahankan diriku yang best itu.
-Banyak kenangan manis yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Tahun depan, 2006 (28 tahun)
-Nak sambung belajar di peringkat sarjana (ke Jerman mungkin?) dan jadi pensyarah.
-Nak beli kereta.
-Nak bertunang(???) Tu pun kot ada org yg nak la. Taktaulah kan, muka tak hensem, ada harta pun motor sebijik, itupun dah kena curik. Huhuhu....
-Nak tunaikan impian dan harapan mak dan abah. Bukan yang bertunang tu yer....

5 tahun lagi, 2010 (32 tahun)
-Dr Im insyaAllah
-Karier dan kewangan yang stabil.
-Berkeluarga, anak dalam 2 orang ker...
-Seorang suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri dan anak-anaknya.

10 tahun lagi, 2015 (37 tahun)
-Prof Dr Im insyaAllah
-Karier dan kewangan yang bertambah-tambah stabil.
-Anak dalam 10 orang ok kot.
-Seorang suami yang bertanggungjawab dan menyayangi isteri-isteri dan anak-anaknya. :-p

*nama asal sekolah aku sebelum jepun memerintah tanah melayu.
**cik nah cik ni - sebuah kedai makanan yg cukup faymes time aku skolah dulu.


Oklah ni Nana ek?

5 Comments:

  • At 2:19 PM, Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said…

    ceh,
    awal2 lagi dah angan2 nak kawen dua

     
  • At 11:10 AM, Blogger hana_kirana said…

    betul tu. awal2 lagi dah cakap isteri-isteri. huh.

    hahaha...

     
  • At 8:26 PM, Anonymous crimsonskye said…

    padanlah... first2 terkejut.. camne la plak dalam 5 thn dari dua terus dapat sepuluh... haha

     
  • At 9:01 PM, Anonymous Arie said…

    Hehe...otai tuuu...tp muka inosen sbb tu kot xkena denda...

     
  • At 12:30 PM, Anonymous pinkRose said…

    hahaha ky...baru aku tau kisah idup ko...gitu rupanya...

     

Post a Comment

<< Home