this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, October 28, 2005

Tujuh


Updated!

Caner la aku bleh tak terprasan. AMOY! Ko pn kena tag jugak!



Inilah dia aku punya ciri-ciri ketujuhan pulak, selepas ditag oleh Seorang Awek Yg Hidupnya Sungguh Buhsan.

7 perkara yg aku nak buat sebelum mati

1. Buat mak abah aku hepi.
2. Mengajar orang lain suatu ilmu yang berguna yang dia boleh amalkan nnt.
3. Kahwin empat. Dengan gadis-gadis yg boleh menyayangi dan menerima aku seadanya. Huahuahua.
4. Hidup sederhana tapi selesa. Aku tak impikan harta berkoyan-koyan, cukuplah kalau aku ada keta sebijik, umah sebijik dan duit simpanan untuk cover keluarga aku bila aku takde. (Tapi kira banyak jugaklah tu ek? Hehe...)
5. Selesaikan suma hutang-hutang aku.
6. Belajar bahasa Arab, Cina, Jepun, Korea dan Sepanyol. Sajer jer list byk2, tapi kalau dpt satu pun dah kira ok.
7. Naik kapalterbang. Serius, dah lama dah aku bercita-cita nak naik kapalterbang, tapi sampai skrg tak pernah naik lagi.


7 benda yang paling aku tak boleh buat

1. Pastikan katil, loker dan meja study aku kemas dan tersusun. Kalau aku kemas pun paling lama ia akan bertahan ialah 24 jam. Pastu abis berterabur balik.
2. Buat kerja awal. Aku dah try. Tak boleh. Kalau kerja diberi seminggu ker, sebulan ker sblm dateline, sehari sblm dan/atau hari dateline tu jugak baru aku pulun gila-gila. Teruk ek?
3. Buat selamba kalau ada lalat hinggap kat anggota badan aku. Kena plak lalat degil, dah halau datang balik. Huh..hangin aku.
4. Direct selling. Nak suh aku cari downline la, suh org beli barang yg diorg taknak la. Huh...mintak maap.
5. Paksa aku buat benda yg aku taknak atau ketika aku mmg teramat takde mood nak buat. Kalau aku buat jugak, janganlah diharap ada unsur-unsur kualiti pada hasil kerja aku tu.
6. Buat keja tanpa tidur. Kalau dah nak tidur tu tidur jer.
7. Basuh baju pakai tangan. Teramatlah aku tak sukanya. Hanya dilakukan jika aku dah mmg abis stok seluar baju nak dipakai dan tak dapat cari mesin basuh.


7 perkara yg buat aku tertarik pd perempuan

1. Aku suka pempuan pakai spek. Suka giler.
2. Comel. Cun bagi aku adalah comel. Dan comel bagi aku adalah cun.
3. Cantik/manis dipandang tanpa mekap. Sebab ada pempuan lawa sbb mekap kan? Make-up is artificial beauty la beb. Konsep aku boleh dinyatakan dgn rumus matematik berikut:

tc ∝ 1/ tm
di mana tc = tahap kecunan
tm = tebal mekap

4. Manja. Tapi bukan jenis mengada-ngada, merengek-rengek, terkuit-kuit, tergedik-gedik punya spesies. Manja yg aku maksudkan ialah manja semulajadi, spontan dan bukan dibuat-buat.
5. Sopan dan merendah diri ala-ala perempuan Melayu terakhir. Aku suka tgk pempuan yg bersifat rendah diri walaupun mmg dia lawa.
6. Mempunyai cara berfikir yang lebih kurang sama dgn aku.
7. Pandai memasak (Perhatian: Pandai memasak air, nasi, telur dan maggi tak termasuk dalam kategori ni. Kelulusan minimum: Boleh menyediakan hidangan lengkap makanan tengahari)


7 benda yang aku selalu cakap

1. Ya ke?
2. Haduuuhhh...
3. Ooooo..faham, faham.
4. Huh..mentol.
5. Gi dlu gi dlu. (Pegi dulu pegi dulu)
6. Kau dah gila ker?
7. Hilang akal apa?


7 selebriti yg aku penah terminat

1. Amy Mastura. Kecomelan dan kemanjaan dia mmg menggugat jiwa raga.
2. Siti Nurhaliza. Dulu la, skrg tak dahhhhh...
3. Dian Sastrowardoyo. Chumel siot minah tu! Aku tgk AADC tu ada dkt 20x rasanya. Waduh, waduhh... Wirda Waduusss.
4. Fauziah Latiff. Sampai dah anak 2 (ke lebih?) ni aku still rasa dia cun lagi.
5. Norjuma Habib Mohamed. Huhuhu...:p
6. Fifi rancangan Bersamamu TV3.
7. Intan Azura. Pelakon drama n bekas pengacara KFC Kids Hour tu.

Ironiknya, 7-7 selebriti ni sume tak pakai spek.


7 orang yang kena tag

Nak tag sapa ek? Ah hentam. Korang nk buat, buat. Tak nak pun tak kisah.

1. PinkRose
2. Cidah
3. Facomind
4. DhinAkibe

dan sesapa yg berminatlah. Aku tak tau nak tag sapa dah.



SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA. ENJOY THE HOLIDAYS!


9 Comments:

  • At 1:07 PM, Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said…

    koh koh koh
    naik kapal terbang tak besh!

    sakit telinga.....

     
  • At 1:46 PM, Blogger hana_kirana said…

    amoy, aku suka naik kapal terbang. sebab aku suka berada di tempat yang tinggi walaupun kekadang tu gayat gak... :)

    bila baca senarai ciri-ciri wanita idaman abg nih, ada satu muka awek asyik terbayang dalam kepala saya. nak tau sape? shidah. x-awek Rojaiman. ape kabar la dia agaknya.

    eh, Si Suhaila awek yang buhsan hidupnya tu muka cam Fifi. ngorat la dia.

     
  • At 4:29 PM, Anonymous pycnogenol said…

    Tak ada yg ironiknyer... ke tujuh2 selebriti yg Im minat tu... u percaye ker yang kesemuanyer x pakai spek??? believe me... they wear contact lenses...

    Yang mata jadi biru dan hijau cam mata kucing tue... mata melayu ker???

     
  • At 2:07 AM, Anonymous crimsonskye said…

    haha... baru je nak komen pasal selebriti-tak-pakai-spek tu, pycnogenol beat me to it.

    btw i love being on planes! ;) kalaulah satu hari nanti boleh jadi pilot kapal terbang sendiri... *berangan*

     
  • At 3:27 PM, Anonymous imzadle said…

    aku tak berminat plak nak jadi pilot. yg aku terpikir nak amik lesen bawak bas atau lori. bukan la nk jadi drebar bas/lori, tapi saja.

    nana, sue muka cam fifi ek? heheh...tak perasan la plak...bila ko sebut pasal shidah, abg pn tertanya2 soklan yg sama. last time i met her was four years ago i think.

    ttg selebriti tu, no komen. aku rasa kot diorg tak rabun pn pakai contact jenis kaler2 gak, nak kasik nampak vogue la katakan..

     
  • At 3:48 AM, Anonymous pinkRose said…

    ingatkan ada 7 benda ajaib jer, rupanya ada byk lagi senarai '7' yer...

     
  • At 10:09 AM, Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said…

    er.. er...
    aku dah jawab benda alah nie lama dulu

     
  • At 1:22 PM, Anonymous imzadle said…

    ooo..ye ker moi. sori aa. aku tak baca archive ko smp abis.

     
  • At 12:29 PM, Blogger Ayu Norafida said…

    amy mastura pakai spek lah..die memang rabun. i know becoz i'm one of her fans. ;)

     

Post a Comment

<< Home