this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, November 11, 2005

Tribute To A Special Friend


Pagi semalam, aku kehilangan seorang sahabat yg cukup istimewa. Allahyarhamah Mastia binti Mohd Salim meninggal dunia selepas koma akibat kemalangan jalanraya lewat malam Rabu yang lalu. Beliau telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Mercedes sewaktu menaiki motosikal kira-kira jam 11 malam. Pemergiannya amat dirasai bukan sahaja oleh ahli keluarga malah sahabat-sahabat seperjuangan di sini.


Aku mula mengenalinya kerana kami menuntut dan aktif dalam aliran seni beladiri yang sama. Kecil molek tetapi tangkas dan sentiasa bersemangat tinggi. Sentiasa ceria dan tidak mudah berkecil hati. Suka mengusik dan suka berjenaka. Kehadirannya sentiasa mencuit hati dan menggembirakan rakan-rakan. Ketangkasannya menyebabkan beliau terpilih mewakili Melaka dalam Kejohanan Wajadiri Kebangsaan di Johor Bahru September lalu. Pemilihannya terbukti tepat kerana beliau berjaya memenangi pingat perak bagi Melaka dalam acara yang diwakilinya.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampungnya di Simunjan, Sarawak kira-kira jam 9 pagi tadi. Keceriaannya dan senyumannya akan sentiasa kekal dalam ingatanku hingga akhir hayat. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan org2 solehah. Al-Fatihah.

3 Comments:

Post a Comment

<< Home