this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, December 02, 2005

Bila Kena Bermalam Atas Kubur Cina


Ya. Ini bukan cerita rekaan. Bukan dongengan. Ini cerita betul. Wa talak tipu punya. Semuanya gara-gara kursus BTN yang aku terpaksa hadiri dari hari Sabtu hingga Selasa minggu lepas. Aku rasa lepas ni aku boleh apply jadi pengacara sambilan rancangan Misteri Nusantara. Ataupun buat VCD Entiti 2: Menjadi Penunggu Kubur.

Berani? Ohhh tidak!!! Kalau disuruh buat benda tu secara sukarela, mampus aku takkan pegi. Siang-siang lalu sebelah kubur pun dah rasa cuak, apatah lagi tido di atas kubur cina di tengah malam! Tatkala aku menaip ni pun, bulu roma aku meremang mengenangkan pengalaman aku nan satu itu.

Alkisahnya bermula kerana aku wajib menghadiri kursus BTN di Kem Wawasan Merlimau, Melaka. Memang kem itu betul2 bersebelahan dengan jirat cina. Aktiviti kawad pun memang dah sebelah jirat itu. Pada sesiapa yg tak familiar, BTN stands for Biro Tatanegara dan kursusnya adalah antara lain bermatlamat membentuk jatidiri peserta, menghidupkan aspirasi kerajaan dan menyedarkan peranan peserta dalam membantu kerajaan memenuhi aspirasi tersebut. Antara pengisiannya adalah ceramah, LDK, kawad, aktiviti fizikal dan kembara malam a.k.a aktiviti burung hantu. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut berkenaan Biro Tatanegara, korang bleh klik kat sini.

Dan oleh kerana aktiviti burung hantu kubur tulah, aku terjebak dalam perlakuan menyeramkan itu. Kitorang seramai 121 orang dipecahkan kepada 13 kumpulan, 10 lelaki dan 3 perempuan. Setiap 1 kumpulan ada sekitar 9@10 orang ahli. Setiap kumpulan tu pulak akan dilepaskan seorang demi seorang dgn jarak kira-kira 15-20 meter setiap seorang. Aku kumpulan pertama dilepaskan.

Program kembara malam tu memerlukan kami merentasi kawasan kampung, hutan, merentas anak sungai dan paya, meredah semak-samun dan ladang koko untuk melalui checkpoint2 yg telah ditetapkan. Dan akhir sekali sudah tentulah jirat cina itu. Laluan perjalanan ditandai oleh blinker, sejenis alat yang macam lampu brek kereta, berwarna merah dan berkelip-kelip, dipasang secara strategik sepanjang perjalanan, kat batang pokoklah, tiang letriklah dan sebagainya. So, apa yg kitorang kena buat ialah bergerak dari satu blinker ke satu blinker. Sampai ke satu blinker, melilau la mencari lokasi blinker seterusnya. Yang cuak tu bukannya apa, aku risau benda yang berkelip tu aku sangkakan blinker tapi rupanya mata benda lain yang blink blink kat aku! Eeeeeeeeeiiiii!!!!! Mana aku nak lari kalau camtu?!

Lalu kawasan semak-samun tu pun satu hal. Dahlah fasi bgtau, dekat situ ada ular tedung selar tunggal! Walaupun itu mungkin ayat untuk menakut-nakutkan aku aje, tapi memang dia berjaya buat aku takut pun! Kalau dia gtau menatang lain mungkin aku leh handle lagik, tapi ular?! Ular tedung lak tu! Sambil mulut dok terkumat-kamit tu, dalam hati aku berdoa janganlah aku terpijak ular, janganlah aku terpijak ular. Lalu kawasan hutan tu pun satu hal, sebab ranting-ranting pokoknya turun separas mata. Dibuatnya salah satu ranting tu bukan ranting, tak ke horror.

Tapi alhamdulillah, aku selamat sampai ke checkpoint terakhir walaupun ada tersesat sekali. Sampai kat pintu masuk kubur tu, kami dikumpulkan semula mengikut kumpulan. Cukup ahli kumpulan, ketua kumpulan diberikan lilin dan dia disuruh membawa kami masuk ke tanah perkuburan dan pilih satu kubur seorang. Tak boleh share. Dan tak boleh duduk dekat2. Kenalah duduk kat kubur tu. Pada mulanya aku tak berani duduk dekat kawasan depan kubur yang ada batu nisan dan berbentuk macam kerusi tu, maka aku pun bertenggeklah kat tepi simen yang mengelilingi kubur tu.

Gambar Hiasan


Grup pertama masuk dalam kawasan perkuburan tu sekitar jam 2 pagi. Ingatkan kitorang kena lepak kat situ sekejap je. Sekali rupa-rupanya sampai la kumpulan ke 13 dan hingga nak masuk waktu Subuh kitorang melepak kat situ. Bayangkanlah, dekat 3 jam lebih. Ditambah lagi dengan badan yang basah separas pinggang dan berbau busuk kerana meredah sungai dan paya. Dilawat pula oleh komuniti nyamuk yg merupakan serangga majoriti di kawasan itu. Aku dapat bayangkan puak-puak diorang berpesta dan mengadakan kenduri kesyukuran kerana seronok dapat darah segar UHT low fat. Itu kalau darah akulah. Darah segar berkolesterol tinggi pun ada juga... kehkehkeh. Rasanya owwhh teramatlah tidak selesa. Memula nak menghilangkan rasa takut dan tak selesa itu, aku pun borak la dgn member yg duduk kat kubur berdekatan. Tapi bila dah pukul 4 tu, bila sume org dah sampai dan dah ada kubur masing-masing, fasilitator buat round. Aku disuruh duduk bersandar dan tido kat batu nisan dia tu. Ndak tak ndak, aku pegi jugak la. Dan kitorang tak dibenarkan bercakap.

Di dalam keheningan suasana awal pagi tu, duduk sensorang kat kubur cina pulak tu, adalah satu kelainan. Anehnya ketika itu, aku takdelah mengalami perasaan takut yang melampau. Rasa takut seadanyalah. Sempat aku menikmati keindahan malam, dengan kerdipan bintang-bintang yang penuh menghiasi kegelapan dada langit. Merasai kelembutan angin bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menjamah tubuh. Aku pandang sekeliling kubur yang aku duduki tu. Agak mewah juga kuburnya. Agaknya mendiang keturunan orang kaya2. Siap ada ukiran pahlawan maharaja Cina kat tepi kubur dia. Aku kerling pada batu nesan dia, ada gambar. Dalam samar2 tu, aku nmpk cam gambar sorang perempuan muda. Lepas tu aku tak berani pandang dah. Dibuatnya aku pandang kali kedua tetiba gambar tu senyum kat aku, mau pengsan aku dibuatnya! Tapi aku respek sungguh 2-3 orang member aku yg dengan selamba badaknya boleh tidur kat kubur diorang. Baring sambil bukak baju. Siap berdengkur cukup! Taktaulah diorang ni hati jenis apa. Atau pun memang diorang dah penat sgt sampai tak boleh nak pikir apa dah. Aku penat, penat juga, tapi tido-tido ayam je yang aku mampu.

Akhirnya, kira-kira jam 5.15 pagi, kitorang dipanggil pulang ke kem. Suasana ketika tu memang dahsyat. Macam geng-geng hantu pakat-pakat bangun dari kubur nak gi solat subuh. Dibuatnya ada orang menurun atau datang nak mintak nombor ekor time tu, mesti kena heart attack punyalah. Kalau dia datang kubur aku, mesti aku siap tazkirahkan lagi. Bagi insaf sikit. Sesampainya di kem, kitorang berkumpul dan dikira, lepas tu kitorang breakfast, solat Subuh dan seterusnya dibenarkan tidur hingga ke jam 9.

Yang menariknya, malam tu sebenarnya tak berakhir begitu sahaja. Rupa-rupanya ada 'benda' yang mengikut kitorang balik. Bebudak perempuan kitorang semuanya ada 28 orang. Tapi fasilitator yang bertugas mengira jumlah peserta dekat pintu masuk kubur tu kira ada 38! Lepas tu masa dah masuk ke kem dan berkumpul tu masih ada lebih sorang, 29! Amik nkau!

Selepas aku bertanya-tanya drp kengkawan, barulah aku dapat tau dari sorang kawan perempuan antara sebabnya ialah dari 28 orang itu, 17 orang tengah period. Fasi dan jurulatih dah susun kedudukan bbdk perempuan agar berselang-seli antara yang tak period dengan yang period dan ada doa pendinding dibacakan. Tapi nak dijadikan cerita, salah seorang budak yang tak period pada awalnya, period bila kembara tu bermula! Jadi, pada satu masa ada 3 gadis sederet yg period. Lepas tu pulak, dalam kegelapan hutan sewaktu kembara tu, bila bdk2 perempuan ni rasa takut, diorang pun melaunglah memanggil orang yang di depan diorang. Bila orang di depan tu tak dengar dan menyahut, benda lainlah yang tolong sahutkan dan datang.

Ada juga bagusnya benda ni. Sekurang-kurangnya melatih keberanian dan mencetuskan sifat kehambaan dan mengharap kepada Allah Taala. Dan sikit sebanyak mengingatkan aku kepada mati. Fasi2 aku kagum sebab diorang expect mesti ada yg akan menjerit. Tapi takde sorang pun, samada perempuan dan apatah lagi lelaki, yg bersuara sikit pun sampai ke pagi. Ada rakan yg bertanya kepada fasi, kenapa tak buat kat kubur orang Melayu? Fasi tu jawab, kubur Melayu tak boleh. Mandremnya lagi kuat. Dia kata kalau kubur Melayu, kita duduk je dah boleh dengar macam-macam. Kena pulak kubur yang tanahnya masih merah. Hebat juga orang Melayu ni ye! Dah mati pun orang takut lagi. Tapi mana taknya, sapa yg ada 'membela' tu, bila dah mati memang mengacau le. Begitulah secebis dari pengalaman aku.

Ada sesiapa yang ingin mencuba? Usah biarkan hidup anda diselubungi MISTERIIIIII......

9 Comments:

  • At 10:18 AM, Blogger sHa shinizzle said…

    nie yg wat aku tringat kat zaman skolah menengah nih.

    tp tadek la sampai tido kat atas kubur tue. lepak2 jerk. tapi gerun jugak. dah la pompuan, huhuhu

     
  • At 3:57 PM, Blogger hana_kirana said…

    takpela encik. terima kasih aje la di atas offer encik tu.. ishk, ngeri seh

     
  • At 9:26 PM, Anonymous pycnogenol said…

    Member yang boleh tidur kat kubur tu Im, rasa-rasa nya dah memang strategi dia. Kalau dah terlena tu, tak ada lah lagi rasa takut nya....
    Ucapan TAHNIAH dan SYABAS pada Im atas kejayaan menamatkan kursus BTN tu.
    Honestly, saya sendiri tak sanggup !!

     
  • At 6:02 PM, Anonymous arie said…

    huyooo dasat laa...menarik gak bila baca tp kalau buat sendiri hehe tak tau laa....

     
  • At 10:56 AM, Blogger furbycutee said…

    seramnya...aku teringat masa skolah penah la main aktiviti burung hantu tu, walaupun tak kena apa2...tp tobat taknak dah. respek juga la kat korang yg pi kursus tu...siap kena tido atas kubur lg, kalau ada yg dtg wat je mcm citer pendekar bujang lapok, COBAANNNNN.. hehehe

     
  • At 9:17 PM, Blogger imzadle said…

    haha..gerun mmg gerun. tp mcm aku ckp la, klau sukarela, mampus aku takkan pegi pny. tu pn sbb tpaksa.

     
  • At 10:08 PM, Anonymous crimsonskye said…

    gerun seh... eii.. nak2 lagi bila part tgk gambar perempuan tu. but sometimes it's just our mind playing tricks on us kan? kdg2 sbb kita asyik terpikir pasal something, tgk2 benda tu mcm betul jadi je, padahal takde apa2 pun.

     
  • At 7:33 PM, Blogger RojakBuah said…

    gua takut woo....tarak maulah...

     
  • At 7:58 PM, Anonymous Faco said…

    woohuhu...ni kisah pontianak lompat2 harum sudal malam nie seh...

    tapi betoi laa Im, aku pun kecut gak malam tu (lupa bg tau, aku pun ahli tido kubur gak), tapi kontrol la...sebab aku dapat kubur amoi...siap ader surat lagi kat atas kubur tu...aku ingat nak bacer tapi segan laa takut tuan punyer surat suruh baca kuat2 sebab dia nak dengar sekalai...huhuh...perper hal, memang satu aktiviti yg tak dilupakan sampai wassalam...hehhe

     

Post a Comment

<< Home