this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Tuesday, December 13, 2005

Pelamin Angannya Musnah

Apa nak buat bila cinta yg diharapkan berpanjangan hingga ke akhir hayat tak kesampaian? Persoalan klise. Stereotaip. Dah berpuluh tahun jadi modal untuk penerbitan novel, drama, telemovie, filem. Diolah dgn segenap kreativiti para penulis, produser dan sutradara membentuk bermacam jenis jalan cerita. Sebab modal yang satu ini jarang merugikan. Sentiasa berjaya menarik minat orang. Menyentuh perasaan. Lebih-lebih lagi kalau cerita itu secara kebetulan macam tersama la pulak dengan cerita hidup kita. Lagi-lagi la kita tangkap feel.

Sebab realitinya, kalau dah besar panjang, dah menjejak alam unibesiti dan pekerjaan, 99.99% mesti penah bercinta. Tak kisahla jadi peminat jarak jauh ke, cinta suci ke, cinta bertepuk sebelah tangan ke, cinta berpegangan tangan ke, cinta berpelukan sambil meraba-raba dan berciuman molot ke.

Dan majoriti yg penah bercinta, mesti penah frust. Jarang la aku dengar orang yg first love dia sampai ke jinjang pelamin. Di kalangan member-member sekeliling aku, rasanya takde. Mesti penah merasa zaman derita dan sengsara itu. Couple paling hebat yang aku kenal pun, couple dari darjah 4 sampai abis uni. Tu pun on and off. Entah brape kali kapel, clash n rujuk balik.

Nana bercerita tentang tiga orang kawannya yang menghadapi masalah pelamin-angan-yang-musnah sebelum sempat dibina. Yelah, nama pun pelamin angan ye tak, mana sempat nak bina lagi? Lalu timbullah persoalan, adakah mereka akan menjadi wanita berkarier tunggal (boleh pakai ke istilah aku ni?) hingga ke tua memandangkan faktor saham yg kian tercicir dari papan utama indeks pasaran kerana umur yg semakin meningkat?

Mungkin.

Tapi tak semestinya.

Beberapa point Nana buat. Nana ada kata pasal lelaki ada ego yg perlu dijaga rapi. Aku tak nafikan pasal ego tu, tapi lelaki pun tau frust tau! Cuma mungkin lelaki ni tak tunjuk sangat. Because otherwise, men will be perceived as weak and incapable of handling problems in their life. Aku pun pernah melalui zaman frust itu. Zaman teringat, teringat dan teringaaat je twenty-four seven. Bezanya mungkin aktiviti menangis tu takde lah mengiringi urusan harian.

Dan sudah memang lumrah, saham lelaki memang agak tinggi apabila berumur 25 tahun ke atas. Peluang lebih terbuka sebab secara amnya di kala itu, lelaki telah mencapai status yang agak stabil dari segi karier dan dianggap mampu menanggung anak bini, di samping faktor julat pilihan yg semakin luas dan juga kerana kitorang ni takde 'expiry date' (mueheheh). Perempuan selalunya lebih sukar kerana setelah umur mencecah suku abad, lelaki yang sebaya atau lebih tua biasanya available but not single. Pilihan terhad. Dahlah tu, nak menunggu orang tackle pun satu hal lagi.

Tapi kita jangan sempitkan pemikiran. Berapa ramai orang yang berkahwin, tapi akhirnya tak sehaluan. Setahun dua berkahwin dah bercerai. I overheard from WHI, statistik perceraian Melayu is somewhere between 10-15% from total marriages in Malaysia. Ada yang tempoh bercouple lebih lama dari tempoh berkahwin. Ada yang ditinggal gantung tak bertali. Ada yang tinggalkan anak isteri sebab nak lari dari ceti. Ada yang dimadukan tanpa pengetahuan. Ada yang 'jual' isteri sendiri. Perkahwinan bukan penjamin kebahagiaan.

Bukanlah aku ni orang yang menidakkan fitrah, sebab sapa yang tak nak kahwin dan menimang anak kan? All I'm saying is that, berusahalah mencari jodoh tapi kalau tak dapat, then it's best to take it in our stride and be content with what Allah has in store for us. "Sometimes Allah doesn't give what we WANT, but He gives us what we NEED." I got this quote from my e-mail. Think about it.

8 Comments:

  • At 10:43 AM, Blogger sHa shinizzle said…

    "Sometimes Allah doesn't give what we WANT, but He gives us what we NEED."

    i love this quote

    and yerp, longevity of love relationship tak menjamin perkahwinan. and maybe kawen pon, belum tentu kekal kan? longevity is just a measure of time, not a measure of love that'll guarantee lasting hapiness.

     
  • At 9:24 AM, Anonymous Si Nana said…

    wooohooooo!

    i'll link this entry ok

     
  • At 5:08 PM, Anonymous amoy said…

    perkahwinan memang menakutkan!

     
  • At 7:27 PM, Blogger RojakBuah said…

    salam...tumpang lalu dr blog Nana. jodoh mmmg kena carik, yg bulat tkkan dtg bergolek, dan yg pipih tkkan dtg melayang. lg nk makan nasik pun kena suap, amik nasik, guna tgn, pastu suap masuk dlm mulut. ni nk kawin, nk carik teman hidup, nk carik teman tidur, lagi ler kena usaha..kan.kan..

     
  • At 8:26 PM, Anonymous Arie said…

    Hmm...wish I can be Rabiatul Adawiyah yg mendambakan kasih hanya pada yg Esa....

     
  • At 8:44 PM, Anonymous imzadle said…

    sha: mmg btul. dan drp pemerhatian aku (sbb pengalaman blum ada), dlm perkahwinan kena ada effort utk compensate each other's differences and weaknesses. to survive with only love just ain't enuff.

    nana: sukati. but there's nothing to shout about my entry. just triggered to write after reading yours.

    amoy: takut, tapi nak kan? :-D

    rojakbuah: hi there. welcome. mmg btul la! ur simple analogy drives the point home.

     
  • At 2:45 PM, Anonymous Anonymous said…

    Perkahwianan adalah sunah. Jangan takut pada perkahwinan. Setiap manusia pengalaman masing2 berbeza. Kita mahukan yg terbaik untuk diri kita tapi kita hanya mampu usaha.

     
  • At 3:27 PM, Anonymous Anonymous said…

    yg sibuk2 org lain kawen cerai pesal plak? nak takutkan org lain kawen? konon2 anti-perempuan ler tuh ... hakk tuii!

     

Post a Comment

<< Home