this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Monday, January 16, 2006

Sang Peniup Wisel

Aku nak serius sikit hari ni.

Hari ini Utusan mengeluarkan berita menggemparkan tentang jejambat MRR2 yang dikatakan tidak selamat dan telah pun dibuka kepada awam sedangkan kerja-kerja pembaikan belum dijalankan. Berita lanjut boleh dibaca di sini.

Jejambat MRR2 Tak Selamat


Difahamkan pihak Utusan telah menerima maklumat penting tersebut daripada individu yang tidak mahu dikenali, dan hanya dirujuk sebagai sumber teknikal dan pakar pembinaan jambatan . Berdasarkan istilah yang digunakan, saya berpendapat sumber tersebut adalah orang dalam yang mengetahui realiti sebenar dan betapa besarnya risiko serta bahaya yg menanti pengguna lebuh raya tersebut. Maklumat ini disokong pula oleh kenyataan penduduk setempat yang mendakwa tidak melihat sebarang kerja-kerja baik pulih dilakukan.

Jika telahan saya ini benar, maka ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Bukan sahaja dari sudut keselamatan yang sudah tentu membahayakan orang awam tetapi yang lebih menggusarkan ialah sikap pihak-pihak yang terbabit dalam kerja-kerja baik-pulih tersebut. Biasanya maklumat teknikal seperti ini jarang didedahkan kepada media oleh orang dalam atas alasan menjaga imej dan kredibiliti institusi-institusi terbabit. Tindakan sumber teknikal tersebut menggambarkan seolah-olah beliau sudah tiada jalan lain melainkan pergi kepada media untuk memastikan isu tersebut mendapat perhatian sewajarnya.

Dari sudut etika kejuruteraan, sumber teknikal tersebut dipanggil peniup wisel (whistle-blower). Istilah ini merujuk kepada pekerja atau bekas pekerja sesebuah organisasi yang mendedahkan maklumat berhubung masalah dalaman kepada orang luar supaya mengambil tindakan tanpa melalui saluran yang diiktiraf oleh organisasi. Biasanya tindakan ini dilakukan setelah sesuatu isu itu tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak organisasi. Tetapi tindakan ini juga boleh mengundang padah dan membawa nasib malang kepada peniup wisel sekiranya identitinya dikenalpasti. Dilema seperti ini telah, masih dan akan sentiasa menghantui fikiran jurutera.

Persoalannya, apakah kerajaan selaku salah satu pihak yang bertanggungjawab mengambil sikap sambil-lewa dalam permasalahan ini? Takkan nak tunggu sampai jejambat dah runtuh dan ada rakyat marhaen yang terkorban barulah sibuk nak tuding jari, salahkan orang sana, salahkan orang sini? Dah mati anak orang baru sibuk nak bina jejantas. Dah keluar tv, baru beria-ia nak ambil tindakan. Memang ada perkara yang kita kena tunggu, tapi aspek keselamatan masyarakat sebegini tidaklah boleh dibiarkan berterusan. Kalau sikap ini berterusan kita kenalah tambah satu lagi slogan utk kerajaan, LepaK la BeB! (Lepas Kena Baru Bertindak!).

4 Comments:

  • At 9:48 AM, Anonymous pycnogenol said…

    Saya tersenyum membaca tulisan Im kali ini sebab bahasa dan gaya penulisan serta 'message' yang diutarakan memberi kesan sebagaimana saya rasakan apabila menonton segmen Edisi Siasat.

    Di penghujung entri itu pula, saya terbayangkan Karam Singh Walia ketika membuat ulasan nya dalam Berita Perdana.

    Jokes aside, saya ucapkan SYABAS pada Im kerana mengutarakan isu penting ini. Saya selalu menjadi sebak dan marah setiap kali saya membaca berita seperti ini. The authorities always appear to prefer 'curing rather than preventing.'

    I wonder what kind of developed nation we will turn out to be in Year 2020? Must be our own "MADE IN MALAYSIA" brand. Why is it that I am not too looking forward to that??? ....In fact, I'm having the jitters even right now, to have to admit that I am from Negara Maju Malaysia?????

     
  • At 12:42 AM, Anonymous imzadle said…

    sy berkongsi kerisauan yg sama. dilema moral spt ini mmg mjadi kontroversi sejak dahulu. di satu pihak, kita ada golongan profesional yg jujur dan mengutamakan kualiti dan keselamatan pengguna daripada aspek kos. di satu pihak lagi kita ada kontraktor dan pihak-pihak berkepentingan yg mahu memaksimakan profit margin dgn mengurangkan kos,walaupun membahayakan pengguna.

    in my humble opinion, ada 2 langkah yg wajar dibuat. pertama, rakyat harus diberi kebebasan bersuara. kerajaan seharusnya bersifat terbuka menerima pendapat & pandangan, terutamanya jika ianya drpd golongan yg arif dalam bidang yg disuarakan, walaupun jika kerajaan tidak sependapat dengannya.

    kedua, kerajaan harus bersifat telus. bg projek rakyat berskala tinggi spt ini, maklumat penting spt kos sebenar projek, peratus keuntungan, kos pembelian bahan mentah, kos tenaga buruh dan pengesahan pemeriksaan kualiti mestilah mudah diakses oleh rakyat. if there's nothing to hide, this shouldn't be a problem right?

    negara maju? hehe...saya yakin kita boleh mencapainya dgn halatuju, perancangan & perlaksanaan yg betul . tp dh maju ke kita ni? jauh lagi....

     
  • At 9:22 PM, Anonymous crimsonskye said…

    this will sound like a no-brainer suggestion, but what else? dari dulu sampai sekarang, begini sajalah...

    change the government!

     
  • At 10:27 PM, Anonymous Anonymous said…

    Erm...tak berapa nak boleh faham bahasa engine, by the way dah dapat keje lom? Semoga bila dah keje nanti dapat berbakti ngan masyarakat ngan sejujur2nya, kay. Masa tue baru leh buktikan apa yg dikata seperti yg dikota

     

Post a Comment

<< Home