this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Monday, January 23, 2006

Su'uk Us-Dzzhaan

Lokasi : Di Sebuah Surau Awam
Jam : Kira-kira 3.45 ptg

Kebetulan waktu Zuhur sudah hampir habis. Aku pun singgah untuk solat. Usai salam, aku pun bergegas keluar. Ingin mengejar bas pulang. Tiba2 aku disapa oleh seorang lelaki dari tempat mengambil wudhu'. Berbangsa Timur Tengah tapi aku tak pasti dari negara mana.

Assalaamu'alaikum! Kaifa haluka?
Ana bi khair.
Masmuka?
Ana Imzadle ibnu Abd Rahman
Min aina yaskunu?
Taman Cendana Heights
Anta student here?
No, my family lives here.
Masya-Allah(2x). Ana musafir........

Lepas itu berjela-jela dia bercakap Arab tanpa putus. Diselang selikan dengan 2-3 perkataan B.Inggeris. Terkial-kial aku nak cuba mentafsir buah butir percakapannya. Agaknya dia terus yakin sebab aku faham 3 soalan pertamanya. Walhal, aku cuma ada basic bahasa Arab sahaja. Itupun dah berkarat di tahap besi zaman perang dunia kedua. Yg aku dapat tangkap cumalah dia seorang musafir dan hafiz al-quran.

Oleh kerana aku tidak berapa faham isi bicaranya, lantas aku membuat andaian. Dari gerak badan dan lenggok bahasanya, aku menyangka yang dia mahukan wang. Andaian yg timbul atas pengalaman aku yang lalu bila dihampiri lelaki seperti itu.

You want money is it? I'm sorry I cannot give you any. Aku berkata lembut.

Memek mukanya berubah.

Oh no, no. I'm sorry, my English, not very good. Sorry, sorry.

Lantas dia terus melangkah masuk ke dalam surau.

Aku dilanda perasaan bersalah. Barangkali dia sekadar ingin bertegur sapa, menjalin silaturrahim, cuba mencari sahabat seagama sementelah berkelana di bumi asing. Tapi aku terus membuat tanggapan dangkal.

Maafkan aku. Aku tiada niat menyinggung perasaanmu.

Aku harus mahirkan Bahasa Arabku. Belajar semula ilmu yang telah aku tinggalkan dan abaikan selama ini. Walhal ianya bahasa Al-Quran. Tapi bahasa Barat yang berterabur dan ntahapaapa itu juga yang kuutamakan.


*su'uk us-dzzhaan -> bersangka buruk

5 Comments:

  • At 1:19 AM, Anonymous crimsonskye said…

    terkena batang hidung betul... dulu belajar arab 4 tahun, tapi kalau kena tanya sekarang ni... hmm tak taula nak cakap apa. kaifa haluka tu je kot yang paham...

     
  • At 8:39 AM, Blogger oRaNG YaNG BoRiNG said…

    dalam banyak2 bahasa yang aku belajar,

    bahasa arab la yang paling susah sekali nak belajar.

    belajar 4 tahun tapi hanya benda paling basic jer tau.....

     
  • At 11:35 PM, Anonymous Pycnogenol said…

    Tak tahu nak kata lah Im...mungkin Im tersilap, atau mungkin juga jangkaan dan sasaran Im terlalu tepat....lantas si 'musafir' itu terus berlalu......mungkin.....kerana terlalu marah atau berkecil hati, atau mungkin juga terlalu malu kerana jerat tidak mengena, dan 'mangsa' sendiri telah memberitahu bahawa dia mengenali sangat akan jerat seperti itu.

    Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

    Walau apa pun, tidak rugi untuk belajar Bahasa Arab.

     
  • At 5:16 PM, Blogger Bukunota said…

    belajar bahasa isyarat lah.

    dan cari isyarat yg diterima pakai warga dunia.

    hah!

     
  • At 7:49 PM, Blogger hana_kirana said…

    Kesiannya dia....

    Saya sentiasa berazam nak belajar Bahasa Arab, entah bila lah akan tercapai...

     

Post a Comment

<< Home