this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, March 10, 2006

Lamanya Tak Berblog

Aduhai, lama sudah aku tinggalkan dunia blog ini. Bukannya sengaja atau takde idea, tapi keadaan tak mengizinkan. Dan selama aku tidak berblog ini, selama itu jugalah aku tidak berpeluang menyinggah ke ruang blog teman-teman yang lain seperti dulu. Dan kalau nak diikutkan, banyak juga cerita dan isu yang aku nak tulis, tapi rasanya panjang sangat kalau nak dihurakan satu-persatu. Tengoklah aku boleh bercerita sepanjang mana.

Kerja aku setakat ini ok saja. Tak teruk sangat lagi sebab aku masih under training. Environment pun ok. Cuma ada sedikit terkilan kerana untuk level eksekutif, bangsa aku boleh dibilang dengan jari berbanding dengan bangsa yang putih sikit kulitnya itu. Nisbahnya ada lah lebih kurang 9:1. Kata orang pun bangsa itu di tempat aku ni pilih kasih. Entahlah, aku pun tidak tahu. Mungkin aku bernasib baik. Tapi terdetik juga rasa di hati, ingin melihat bangsa aku berdaulat di bumi sendiri, bukan sekadar jadi operator dan jadi kuli.

Pergaulan juga sedikit sebanyak dah berubah. Tapi setakat ini diorang ok. Banyak membantu dan tidak kedekut ilmu. Apa yang ditanya pasti akan dijawab setakat yang mampu. Tidak dibiarkan aku terkonteng-konteng keseorangan. Hidup di alam pekerjaan ni kena jadi resourceful, jika tak tahu kenalah pandai cari maklumat dan bertanyalah pada orang yang tau. Cuma yang susahnya bila AKU TIDAK TAHU APA YANG AKU TIDAK TAHU. Kerap jugalah aku mengikut mereka itu bila perlu. Cuma masa makan tengahari tidaklah aku mengikut akan mereka itu kerana tidaklah aku berselera sekiranya melihat mereka menyantap itik gantung atau makhluk najis mughallazah yang menjadi makanan ruji mereka.

Aku juga hidup dikelilingi amoi-amoi yang berbagai ragam. Dari segi pergaulan memang ok dan ramah tapi dari segi pakaian aku tepuk dahi. Dengan baju ketat dan nipis, sehingga nampak corak bunga pada coli. Berseluar longgar hingga nampak spender dan lurah bontot ketika duduk. Aduhai. Susahnya nak cakap. Nak salahkan diorang susah juga, sebab manalah diorang faham pasal definisi aurat ni.


Nantilah aku sambung lagi kalau ada peluang...

6 Comments:

  • At 9:20 PM, Anonymous lid said…

    hai pakcik.lama x lawat blog pakcik ni.dah namapk baru ye.n slamat menempuh alam pekerjaan...

     
  • At 12:48 PM, Anonymous pycnogenol said…

    Agak-agak nya diantara amoi-amoi yang berbagai ragam tu, dengan yang si-gedik yang Im cerita dulu,yang mana satu lebih boleh di'terima' dan kenapa?
    p/s: Mungkin yang lain-lain pun boleh beri pendapat dan pandangan di sini.
    InsyaAllah, I'll give mine too.

     
  • At 11:25 PM, Blogger imzadle said…

    entahlah pyc, saya boleh je kawan dgn dua-dua. :)

     
  • At 10:58 PM, Anonymous pycnogenol said…

    That's the spirit. Saya pun gitu jugak Im...kawan boleh, cuma jangan mereka harap agar saya turut sama bergedik.

     
  • At 6:39 PM, Anonymous Anonymous said…

    What a great site » »

     
  • At 7:49 PM, Anonymous Anonymous said…

    Very nice site! » »

     

Post a Comment

<< Home