this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Saturday, April 29, 2006

Putih = Cantik, Hitam = Tak Cantik?

Scene 1
Farhana! ….. Farhana!

Di kala si penyambut tetamu / kakitangan HR itu mengangkat matanya dari dokumen yang ditatapnya di atas meja barulah dia sedar nama gadis yang dipanggilnya itu sudah pun tiada. Lari kerana malu dan tiada keyakinan diri. Sebab? Kulitnya gelap.

Scene 2
Seorang gadis bernama Fiqa sedang membonceng basikal temannya bila tiba-tiba dia terlihat jejaka idamannya.

Oh Amran… bilalah kau nak pandang wajah aku ni?

Kes yang sama. Tiada keyakinan diri. Kulit gelap.

Kemudian ditunjukkanlah perubahan mereka berdua selepas hanya 3 minggu apabila menggunakan sejenis krim pencerah kulit. Keyakinan diri pun bertambah. Farhana berjaya dalam interviewnya. Fiqa pula berjaya menarik perhatian Amran untuk memberikan nombor telefonnya.

Oh bahagianya siapa yang berkulit cerah….

KONON!!!!!

Ya, dan yang sedihnya ini bukanlah iklan pertama yang memaparkan konsep “Jika anda seorang wanita, anda perlu berkulit cerah untuk bahagia dan berjaya dalam hidup”. Konsep inilah yang menyebabkan berbondong-bondong wanita yang rasa dirinya gelap atau tak cukup cerah menghabiskan wang ringgit membeli produk itu dan ini untuk memutihkan kulit dalam tempoh yang singkat. Persoalannya, wajarkah kita berpegang dan menuruti konsep ini? Andainya ia benar maka wanita Negro lah wanita yang paling malang di muka bumi ini! Tapi Naomi Campbell itu supermodel, walhal kulitnya hitam legam. Beyonce Knowles itu menjadi penyanyi pujaan ramai, walhal dia hitam. Oprah Winfrey itu hitam dan tidak cantik tetapi adalah antara wanita paling berjaya dan kaya di Amerika.

Hakikatnya, semua ini adalah mainan emosi pihak pengeluar produk kecantikan untuk melariskan jualan. Matlamatnya adalah untuk membentuk pemikiran masyarakat mengikut acuan mindset yang mereka ingini. Nampak sangat dalam iklan itu dan yang seumpamanya, pelakon itu dah memang putih tapi dihitamkan menggunakan make-up. Dalam dunia realiti, kecerahan kulit bukanlah faktor utama untuk berjaya dalam hidup. Mungkin benar secara amnya masyarakat kita lebih tertarik kepada mereka yang berkulit cerah, tapi janganlah pemikiran kita distereotaipkan semudah itu. Kecantikan itu sesuatu yang subjektif. Lain orang lain definisi dan persepsinya tentang kecantikan. Usahlah dipertikaikan.

Bukanlah saya membantah wanita berhias dan bersolek kerana memang sudah fitrah wanita suka kelihatan cantik. Lelaki pun suka melihat kecantikan. Tapi biarlah solekan dan hiasan kosmetik itu sesuai dengan diri. Terfikir juga, kalau orang itu berkulit gelap, takkan nak dilumur pula krim pencerah tu ke seluruh badan kan? Mestilah disapu di bahagian yang terdedah (atau sengaja didedah) untuk tatapan umum sahaja. Jadi, kalau begitu bukankah kulit jadi berbelang-belang nanti?

11 Comments:

Post a Comment

<< Home