this site is best viewed in 800 x 600 resolution with Mozilla Firefox

Tentang Aku



Apa? Awak Cakap Apa?!

Coretan Yang Dulu

Arkib Im

Rakan Blog Im

Pautan

Afiliasi

Penghargaan

Powered by Blogger





Friday, April 14, 2006

Updet Ttg Aku

Aku dah resign dari kerja ku di kompeni Jerman itu.

Mulai Isnin ini aku akan mula berkhidmat sebagai tutor di tempat aku belajar dahulu.

Oh, bukan kerana aku ada masalah di kompeni itu. Kerjanya bagus, mencabar, rakan-rakan sekerjaku juga supportive. Dan gajinya memang lumayan. Bila aku membuat keputusan menerima jawatan tutor ini, pendapatan tetap aku menurun sebanyak 23.41%. Itu belum dikira peluang overtime, elaun tambahan dan bonus tahunan di tempat lama. Tapi aku telah memikirkan semasak-masaknya hal ini dan aku yakin dengan keputusan aku. Reason aku:

1. Aku memang meminati bidang akademik. Kalau ada rezeki, aku nak melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah. Yelah, aku memang suka bab falsafah-malsafah ni.
2. Aku suka kerja yang berinteraksi dengan orang. (Asalkan bukan direct-selling)
3. Masa. Kerja ini memberikan aku lebih banyak ruang masa untuk aku melibatkan diri dalam aktiviti luar dan juga bersama keluarga. Bagi aku hidup ini terlalu pendek untuk dihabiskan di tempat kerja semata-mata.
4. Dari segi jangka masa panjang, kerja ini lebih stabil. Pasaran semikonduktor sekarang agak tidak menentu. Syarikat-syarikat sudah mula beralih pandang ke China dan India. Beberapa syarikat yang aku tahu sudah mula menawarkan skim VSS kepada pekerja-pekerjanya.

Mudah-mudahan pilihanku ini pilihan yang tepat :-)

13 Comments:

  • At 9:36 AM, Blogger sue said…

    Im,
    Wah..bagusnyer...I envy people who knows what they want in life, and strive for it.

    tahniah ye!

     
  • At 4:14 PM, Anonymous Anonymous said…

    erm...tapi kalau boleh try maintain berinteraksi dengan kengkawan yang bekerja di luar. Bukannya aper, kalau boleh jadilah lecturer yang tahu akan pasaran dan ini akan membantu pelajar minat dengan apa yang dipelajari. Mengajar senang tapi yang susah jadikan apa yang di ajar sebagai sesuatu yang menyeronokkan....

     
  • At 7:49 AM, Anonymous Pycnogenol said…

    Your decision Im, doesnt come as a surprise at all to me.
    This entry could have easily been mine, not too long ago. It was one decision I've never looked back, nor regretted.

    I wish you ALL THE BEST, my friend...

     
  • At 1:08 AM, Anonymous imza said…

    thank u guys.

    to anonymous, mmg apa yg ko ckp tu aku rasa btul sesgt.susah nak membuat org seronok belajar. tu sbb aku initially plan nk keje dulu bbrp tahun utk dptkan hands-on experience. biar aku nampak dan betul-betul faham apa yang diajar. tp kalau aku buat macam tu, tempoh mencapai kestabilan karier aku akan jadi lambat. harapnya aku dapat experience dgn mengattachkan diri aku dgn industri sambil aku jadi tutor ni.

     
  • At 4:57 PM, Blogger nurkarim25 said…

    Ngah,all the best.insyaALLAH pilihan angah tu tepat.mesti anak murid sayang kat angah nanti sbb dapat tutor yg supporting.Ngaja memolek deh.Mudah2an ilmu yg dicurahkan buat anak2 muridmu diberkati ALLAH dan menjadi bekal di akhirat nanti.

     
  • At 8:38 PM, Anonymous Anonymous said…

    Takde hal. Tapi seronok sebenarnya mendidik. Lelebih lagi bila tengok anak murid berjaya. By the way, Good Luck. Moga ikhlas dengan apa yang dibuat. Bila ada keihklasan baru ada keseronokan. Dan pastinya setiap kerja adalah ibadah. Keje eelok

     
  • At 12:08 AM, Blogger Rockerz said…

    Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang cara mudah buat wang di sini.

     
  • At 4:25 PM, Anonymous Arie said…

    All the best :-)
    Tahniah...tahniah...semoga mencapai impian yg dihajati :-D

     
  • At 3:46 AM, Blogger Khairul Nizam Zainon said…

    Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

     
  • At 6:07 AM, Blogger Jeego said…

    Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang cara mudah buat wang di sini.

     
  • At 6:20 AM, Anonymous Anonymous said…

    This is very interesting site... »

     
  • At 7:50 PM, Anonymous Anonymous said…

    I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! film editing schools

     
  • At 7:29 AM, Anonymous Anonymous said…

Post a Comment

<< Home